KETAATAN MUTLAK KEPADA PERINTAH AGAMA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Renungan Pagi Sabtu
14 Jamadulakhir 1436H
4 April 2015
عن أبي هريرةَ رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((دَعُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ، إِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ سُؤالِهِمْ واخْتِلافُهُمْ عَلَى أنْبيَائِهِمْ، فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْء فَاجْتَنِبُوهُ، وَإِذَا أمَرْتُكُمْ بشيءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Turutilah apa yang aku tinggalkan kepada kamu. Bahawasanya telah binasa umat sebelum kamu kerana banyak soalan dan pertikaian terhadap Nabi-nabi mereka. Maka apabila aku menegah daripada kamu hendaklah kamu hindari. Dan apabila aku memerintahkan dengan suatu perintah hendaklah kamu laksanakan sebaik mungkin." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Segala perintah agama hendaklah dipatuhi tanpa berbelah bahagi dan tidak perlu menimbulkan persoalan-persoalan yang tidak sepatutnya sehingga menyusahkan diri untuk beramal. Ini kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya,
2. Oleh yang demikian, segala jenis hukum Syara' sama ada dalam bentuk suruhan atau larangan hendaklah dipatuhi sebaik mungkin sebagai bukti kehambaan kepada Allah Taala.