السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Isni
1 Rejab1436H
20 April 2015
🌷HUKUM BERPUASA PADA BULAN-BULAN HARAM (TERMASUK REJAB)
عن مُجِيبَةَ البَاهِليَّةِ عن أبيها أَوْ عمها: أنه أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم ثُمَّ انطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ- وَقَدْ تَغَيَّرَتْ حَالُهُ وَهيئَتُهُ- فَقَالَ: يَا رسولَ الله أمَا تَعْرِفُنِي؟ قَالَ: ((وَمَنْ أنْتَ؟)) قَالَ: أَنَا الباهِليُّ الَّذِي جِئْتُك عام الأَوَّلِ. قَالَ: ((فَمَا غَيَّرَكَ، وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ الهَيْئَةِ!)) قَالَ: مَا أكَلْتُ طَعَامًا مُنْذُ فَارقتُكَ إِلا بِلَيْلٍ. فَقَالَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ((عَذَّبْتَ نَفْسَكَ!)) ثُمَّ قَالَ: ((صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ، وَيَومًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ)) قَالَ: زِدْنِي، فَإنَّ بِي قُوَّةً، قَالَ: ((صُمْ يَوْمَيْن)) قَالَ: زِدْنِي، قَالَ: ((صُمْ ثَلاثَةَ أيَّامٍ)) قَالَ: زِدْنِي، قَالَ: ((صُمْ مِنَ الحُرُم وَاتركْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتركْ، صُمْ مِنَ الحُرُمِ وَاتركْ)). وقال بأصابِعه الثَّلاثِ فَضَمَّها، ثُمَّ أرْسَلَهَا. رواه أَبُو داود.
TERJEMAHAN
Dari Mujibah Al Bahiliyah dari ayahnya atau bapa saudaranya: bahawa beliau (ayahnya atau bapa saudaranya itu) telah berjumpa dengan Nabi صلى الله عليه وسلم pada suatu masa kemudian berpisah dan bertemu semula dengan RasululLah selepas setahun dalam keadaan telah berubah keadaan dan susuk tubuhnya (sangat kurus) dan dia bertanya: Wahai RasululLah, masihkah tuan ingat kepadaku? Nabi bertanya: "Siapa kamu?" Jawabnya: Aku lelaki dari suku Al Bahily yang berjumpa tuan tahun lalu. "Kenapa begitu berubah keadaanmu (terlalu kurus) sedangkan dahulu susuk tubuh kamu bagus?" Aku tidak pernah makan pada waktu siang (berpuasa) kecuali pada waktu malam. Maka Nabi bersabda: "Kamu telah menyeksa badanmu!" Kemudian Nabi menasihatkan: "Berpuasalah pada bulan sabar dan sehari setiap bulan." Dia meminta: Tambahkan lagi hari untuk puasa sebab aku mampu. "Berpuasalah dua hari setiap bulan". Dia meminta lagi: Tambahlah lagi. Nabi bersabda: "Berpuasalah tiga hari". Dia meminta lagi: Tambahlah lagi. Maka Nabi bersabda: " Berpuasalah dari bulan-bulan Haram dan tinggalkan, berpuasalah dari bulan-bulan haram dan tinggalkan, berpuasalah dari bulan-bulan haram dan tinggalkan (sambil Nabi menggenggam tiga jari baginda dan melepaskannya sebanyak tiga kali)". (Mafhum HR Abu Daud)
INTISARI HADITH
1. Bulan sabar adalah Ramadhan. Manakala bulan-bulan Haram adalah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab,
2. Pada bulan Ramadhan wajib berpuasa sebulan dan pada bulan-bulan Haram pula digalakkan memperbanyakkan puasa sunat,
3. Walau bagaimanapun, Nabi menganjurkan untuk menggilirkan antara hari yang berpuasa dengan hari yang tidak berpuasa untuk puasa pada bulan-bulan Haram (tidak semestinya berpuasa sebulan penuh).