السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Khamis
1 Ramadhan 1436H
18 Jun 2015
🌺TUNTUTAN MENDIRIKAN SOLAT TERAWIH
عن أَبي هريرة رضي الله عنه: كَانَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُرَغِّبُ في قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ أنْ يَأمُرَهُمْ فِيهِ بِعَزِيمَةٍ، فيقولُ: ((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه: bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم sangat menggalakkan supaya qiyam (menghidupkan malam) Ramadhan tanpa memberatkannya (wajib) lalu bersabda: "Barangsiapa yang qiyam (menghidupkan malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka diampunkan dosanya yang telah lalu." (Mafhum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Qiyam yang dimaksudkan adalah bersolat terawih. Hukumnya tidak wajib berdasarkan amalan Nabi صلى الله عليه وسلم yang pernah mengerjakan solat terawih berjemaah selama dua malam tetapi tidak hadir pada malam ketiga walaupun para sahabat telah memenuhi masjid. Bagaimanapun hukumnya sunat muakkad (sangat dituntut) yang mana ianya boleh dilaksanakan di masjid, surau, rumah dll sama ada secara berjemaah (afdhal) ataupun bersendirian,
2. Bilangan rakaat adalah sebanyak 20 rakaat (mengikut majoriti ulamak) tetapi boleh juga dilaksanakan kurang spt lapan rakaat atau lebih spt 36 rakaat dan perlulah dilakukan dengan tenang dan penuh penghayatan,
3. Seeloknya janganlah ditinggalkan solat terawih walau satu malam pun agar kita tidak terluput fadhilatnya yang sangat istimewa.