SELESAIKAN PENGANIAYAAN YANG PERNAH DILAKUKAN


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Renungan Pagi Khamis
12 Jamadulakhir 1436H
2 April 2015

🌵

عن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ مَظْلمَةٌ لأَخِيه، مِنْ عِرضِهِ أَوْ مِنْ شَيْءٍ، فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ اليَوْمَ قبْلَ أنْ لا يَكُونَ دِينَار وَلا دِرْهَمٌ؛ إنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلمَتِهِ، وَإنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيهِ)). رواه البخاري.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang pernah menganiaya saudaranya terhadap maruah atau apa sahaja hendaklah dia minta halal/maaf daripadanya sebelum datangnya hari yang matawang dinar dan dirham sudah tidak berguna lagi (untuk menebus kesalahan). Jika dia (si penzalim) mempunyai amal soleh maka akan diambil mengikut kadar penganiayaan yang pernah dilakukan. Dan jika tiada amal kebaikan maka dia akan mengambil dosa orang yang pernah dianiaya dengan menanggungnya." (Mafhum HR Al Bukhari)

PENGAJARAN
1. Islam melarang sebarang penganiayaan/kezaliman dilakukan sesama makhluk seperti seorang yang berkuasa terhadap mereka yang lemah dan sebagainya,
2. Orang yang dianiaya tanpa mendapat pembelaan di dunia pasti akan mendapat haknya di mahkamah Rabbul Jalil,
3. Selain dosa besar yang ditanggungnya, orang yang menzalimi orang lain pasti akan mendapat kesusahan yang tidak terhingga di Akhirat kelak.izp