MEMBERI NASIHAT SECARA BERHIKMAH


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
22 Jamadulakhir 1436H
12 April 2015



عن العِرْباض بن ساريَةَ رضي الله عنه قال: وَعَظَنَا رسول الله صلى الله عليه وسلم مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا القُلُوبُ، وَذَرَفَتْ مِنْهَا العُيُونُ... وَذَكَرَ الحَدِيثَ وَقَدْ سَبَقَ بِكَمَالِهِ في باب الأمْر بِالمُحَافَظَةِ عَلَى السُّنَّة، وَذَكَرْنَا أنَّ التَّرْمِذِيَّ، قَالَ: (إنّه حديث حسن صحيح).

TERJEMAHAN
Dari Al 'Irbadh bin Sariah رضي الله عنه melaporkan: RasululLah صلى الله عليه وسلم telah menasihati kami dengan satu nasihat yang menyebabkan hati-hati merasa gementar dan menjadikan air mata mengalir...(dan menyebutkan hadith dengan lengkap dalam Bab Perintah Untuk Menjaga Sunnah). Mafhum HR At Tirmidzi, katanya Hadith hasan sahih

PENGAJARAN
1. Saling nasihat menasihati adalah suatu amalan yang dianjurkan oleh Syara' bagi memperbaiki diri dari semasa ke semasa,
2. Digalakkan memberi nasihat secara berhikmah seperti dengan susunan kata indah yang dapat memberikan kesan mendalam di dalam hati.