SIAPA SEBENARNYA ORANG YANG SOMBONG?

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Rabu
18 Rabiulawal 1437
30 Disember 2015


عن ابن مسعودٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لا يَدْخُلُ الجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ!)) فَقَالَ رَجُلٌ: إنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا، وَنَعْلُهُ حَسَنةً، فَقَالَ: ((إنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الجَمَالَ، الكِبْرُ: بَطَرُ الحَقِّ، وَغَمْطُ النَّاسِ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya walau sebesar zarah ada perasaan sombong!" Maka seorang lelaki bertanya: Bagaimana kalau seorang lelaki yang suka berpakaian dan selipar yang bagus-bagus (adakah dikira sebagai orang yang sombong)? Maka jawab Nabi صلى الله عليه وسلم: "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan. (Hakikat) sombong adalah menolak kebenaran dan menghina manusia." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Perasaan sombong ada sifat terkeji yang dibenci oleh Syara'. Ia adalah penyakit hati yang timbul kerana merasakan diri sendiri lebih hebat berbanding orang lain,
2. Kata Ulama': Sombong yang melibatkan seseorang enggan menerima keimanan sepertimana keangkuhan iblis, firaun, abu lahab dan sebagainya menyebabkan mereka kekal di dalam neraka. Sedangkan jika seorang Muslim ada sifat sombong,  dia akan terdedah kepada balasan buruk di akhirat seperti dimasukkan ke dalam neraka. Namun mereka tidak kekal di dalamnya kerana masih ada iman di hati,
3. Tidaklah menjadi kesalahan untuk seseorang berpakaian yang indah, mempunyai harta seperti rumah dan kenderaan yang mewah dan sebagainya asalkan mereka tidak menolak kebenaran dan tidak memperlekehkan orang lain di atas kesusahan yang mereka alami. Bahkan memperelokkan penampilan diri adalah suatu digalakkan.

KAEDAH MENGELAK PENULARAN WABAK PENYAKIT

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Selasa
17 Rabiulawal 1437
29 Disember 2015


عن أسامة بن زيد رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إِذَا سَمِعْتُمُ الطَّاعُونَ بِأَرْضٍ، فَلا تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأرْضٍ، وأنْتُمْ فِيهَا، فَلا تَخْرُجُوا مِنْهَا)). متفق عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Usamah bin Zaid رضي الله عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila kamu mendengar wabak ta'un telah menular di suatu tempat maka janganlah kamu memasuki ke tempat tersebut. Dan jika wabak itu merebak di suatu tempat yang kamu berada di situ maka janganlah kamu keluar daripada tempat tersebut." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Islam menyuruh umatnya agar tidak melakukan sesuatu yang boleh membinasakan diri. Oleh itu kita dilarang untuk memasuki sesuatu tempat yang telah berlaku penularan penyakit berjangkit seperti ta'un, kolera dan sebagainya agar tidak terkena jangkitan,
2. Begitu juga jika seseorang telah berada di suatu tempat yang telah menularnya wabak tersebut dia tidak  boleh keluar/ melarikan diri daripada tempat tersebut bagi mengelakkan penyakit daripada merebak ke kawasan lain. Kaedah ini disebut sebagai kuarantin,
3. Namun jika dia keluar atas hajat tertentu seperti mencari penawar, meminta bantuan dan sebagainya maka ianya diharuskan.

Tindakan. 2016

Pendaftan 29/12/15
LADAP 30/12/15

Hantar laporan online
Aktiviti minggu 2 & 4
Jadual reliev



9
23 siapkan buku. Rekod

Ustz mat
Solat hajat wawarkan me ppd

Cekgu Rahim
14/jan / 2016Mesy koko

Cekgu Rosman
6/1/2016


MEMPERTAHANKAN HAK BUKANLAH TERROR

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
16 Rabiulawal 1437
28 Disember 2015

ISM
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما، قَالَ: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash رضي الله عنهما melaporkan, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Orang yang terbunuh kerana mempertahankan harta (dari dirampas) oleh pihak lain adalah  syahid." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Islam membenarkan umatnya untuk mempertahankan hak mereka terhadap harta benda, nyawa, maruah diri, agama dan sebagainya daripada diceroboh/ dirampas oleh pihak lain secara zalim,
2. Imam Nawawi dalam kitab Syarah Sahih Muslim menerangkan bahawa orang yang cuba merampas harta orang lain secara zalim jika dia terbunuh dia akan masuk neraka. Sedangkan orang yang cuba mempertahankan haknya daripada dirampas kemudian terbunuh maka baginya adalah pahala syahid di akhirat,
3. Oleh itu kebangkitan umat Islam untuk mempertahankan harta benda, agama dan tanah air daripada penjajahan zionist Israel di Palestin bukanlah tindakan terrorism (keganasan) bahkan suatu tindakan yang terpuji dalam Islan.

SIAPA YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI MATI SYAHID?

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Ahad
15 Rabiulawal 1437
27 Disember 2015


عن أَبي هريرة رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ وَالمَبْطُونُ، وَالغَرِيقُ، وَصَاحِبُ الهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ في سَبِيلِ اللهِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Orang-orang yang mati syahid ada lima: 1) mati kerana penyakit ta'un, 2) mati kerana sakit dalam perut, 3) mati kerana tenggelam (lemas), 4) mati kerana dihempap, dan 5) mati dalam peperangan fisabilillah." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

PENGAJARAN
1. Golongan di atas dikategorikan sebagai mati syahid kerana mereka terpaksa menempuh kesakitan yang amat sangat sebelum menemui ajal yang mana dengan kesakitan tersebut diharapkan dapat menghapuskan dosa dan menambahkan pahala,
2. Kata Al Hafiz Ibnu Hajar: Seseorang turut dikategorikan sebagai syahid apabila dia menghadapi apa-apa kesakitan, penderitaan sebelum ajal seperti kemalangan di jalan raya, ibu yang meninggal ketika bersalin, diserang haiwan buas, mati dalam kebakaran, jatuh dari puncak bukit dan sebagainya,
3. Walau bagaimanapun status syahid berbeza-beza tahapnya (syahid dunia dan syahid akhirat) yang mana mati syahid kerana berjuang di jalan Allah mendapat pahala tertinggi disamping jasadnya tidak perlu dimandikan sebelum disolatkan dan disemadikan. Adapun syahid yang lain jenazah mereka diuruskan seperti biasa dan bakal mendapat pahala di akhirat,
4. Kata Ibnu Taimiyah: Syarat mendapat syahid tidak boleh ada tujuan maksiat seperti seorang yang mati kemalangan dalam perjalanan ke tempat maksiat.

ABU LAHAB TURUT MENDAPAT FAEDAH MERAIKAN KELAHIRAN NABI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Khamis
12 Rabiulawal 1437
24 Disember 2015


قال ابن حجر رحمه الله تعالى:
« ذكر السهيلي أنّ العباس قال: لما مات أبو لهب رأيته في منامي بعد حول, في شرّ حال, فقال: ما لقيت بعدكم راحة، إلاّ أنّ العذاب يخفّف عني كل يوم اثنين، قال: وذلك أنّ النبيّ ولد يوم الاثنين، وكانت ثويبة بشرت (أبا لهب) بمولده فأعتقها, وأشار إلى النّقرة التي تحت إبهامه وفي ذلك إشارة إلى حقارة ما سقي من الماء».

TERJEMAHAN
Kata Ibnu Hajar رحمه الله: As Suhaili menyebutkan bahawa Al Abbas رضي الله عنه berkata: Apabila Abu Lahab mati aku telah melihatnya dalam mimpiku selepas setahun kematiannya dalam keadaan seksaan yang dahsyat. Maka Abu Lahab berkata: Selepas aku meninggalkan kamu aku tidak pernah berhenti daripada diazab kecuali azab diringankan ke atasku pada setiap hari Isnin. Kata Al Abbas: Ini kerana Nabi dilahirkan pada hari Isnin. Thuwaibah (seorang hamba perempuan) telah menyampaikan berita kelahiran ini kepada Abu Lahab lalu dia memerdekakannya (kerana gembira). Dia menunjukkan kepada celah di bawah ibu jarinya sebagai isyarat terdapat sedikit air yang diberi minum kepadanya."

PENGAJARAN
1. Orang yang mensyirikkan Allah pasti akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka kekal di dalamnya walaupun mereka pernah berbuat baik (rujuk surah Az Zumar: ayat 65). Begitu juga mereka tidak akan mendapat sebarang nikmat seperti air di dalam neraka (rujuk surah Al A'raf: ayat 50),
2. Namun dalam situasi tertentu ada antara mereka yang mendapat pengecualian atas sebab tertentu seperti bergembira dengan kelahiran Nabi صلى الله عليه وسلم dalam kisah Abu Lahab di atas dan hadith yang menyatakan adik beradiknya yang bernama Abu Talib turut mendapat azab neraka yang paling ringan kerana melindungi Nabi tetapi tidak beriman kepada ajaran Baginda...والله أعلم بالصواب

KELEBIHAN MEMPERBANYAKKAN SELAWAT NABI PADA HARI JUMAAT

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Jumaat
13 Rabiulawal 1437
25 Disember 2015


عن أوس بن أوس رضي الله عنه قال: قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ مِنْ أفْضَلِ أيَّامِكُمْ يَومَ الجُمُعَةِ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِيهِ، فَإنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ)). فَقَالُوا: يَا رسول الله، وَكَيفَ تُعْرَضُ صَلاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرَمْتَ؟! قَالَ: يقولُ بَلِيتَ. قَالَ: ((إنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الأرْضِ أَجْسَادَ الأَنْبِيَاءِ)). رواه أَبُو داود بإسنادٍ صحيح.

TERJEMAHAN
Dari Aus bin Aus رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang terbaik adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah berselawat pada hari tersebut kerana selawatmu itu dibentangkan kepadaKu." Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah selawat kami boleh sampai kepada tuan sedangkan (jasad) tuan telah (hancur) menjadi tanah (setelah wafat)? Maka Nabi menjawab: "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi untuk memakan jasad-jasad para Nabi (yang bersemadi di dalam tanah)." (Mafhum HR Abu Daud)

PENGAJARAN
1. Disunatkan untuk memperbanyakkan selawat Nabi pada hari Jumaat kerana mempunyai kelebihan yang istimewa (diterima secara langsung oleh Nabi صلى الله عليه وسلم),
2. Hadith ini menjadi bukti terdapat golongan tertentu yang dimuliakan Allah yang mana jasad mereka tidak hancur dimakan tanah apabila meninggal dunia. Antaranya jasad para Nabi dan Rasul عليهم الصلاة والسلام.

SUDAH MAKAN TETAPI TIDAK MERASA KENYANG

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Sabtu
14 Rabiulawal 1437
26 Disember 2015

عن وَحْشِيِّ بن حرب رضي الله عنه أنَّ أصحابَ رسول الله صلى الله عليه وسلم قالوا: يَا رسولَ اللهِ، إنَّا نَأكُلُ وَلا نَشْبَعُ؟ قَالَ: ((فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ)) قالوا: نَعَمْ. قال: ((فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ، يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ)) رواه أَبُو داود.

TERJEMAHAN
Dari Wahsyi bin Harb رضي الله عنه: bahawasanya para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengadu: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi (kenapa kami) tidak merasa kenyang? Baginda bertanya: Boleh jadi kamu makan secara sendirian? Mereka menjawab: Ya. Lalu Baginda bersabda: "Maka hendaklah kamu semua berhimpun terhadap makanan kamu (makan bersama-sama) dan sebutlah nama Allah nescaya kamu akan mendapat keberkatan." (Mafhum HR Abu Daud)

PENGAJARAN
1. Selain daripada galakkan berjemaah dalam ibadah seperti solat, umat Islam juga digalakkan melakukan sesuatu perkara seperti makan secara bersama-sama kerana ianya dapat mengundang keberkatan,
2. Bahkan dalam riwayat lain oleh At Tabrani dari hadith Ibnu Umar, Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: "Sesungguhnya makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang."

MULAKAN DOA DENGAN PUJIAN KEPADA ALLAH DAN SELAWAT NABI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Rabu
11 Rabiulawal 1437
23 Disember 2015


عن فَضَالَةَ بنِ عُبَيْدٍ رضي الله عنه قال: سَمِعَ رسول الله صلى الله عليه وسلم رَجُلًا يَدْعُو في صَلاَتِهِ لَمْ يُمَجِّدِ الله تَعَالَى، وَلَمْ يُصَلِّ عَلَى النبي صلى الله عليه وسلم فَقَالَ رسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((عَجِلَ هَذَا)) ثُمَّ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ- أَوْ لِغَيْرِهِ: ((إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ رَبِّهِ سُبْحَانَهُ، وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ، ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النبي صلى الله عليه وسلم ثُمَّ يَدْعُو بَعْدُ بِمَا شَاءَ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحيحٌ).

TERJEMAHAN
Dari Fadhalah bin Ubaid رضي الله عنه: Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah mendengar seorang lelaki berdoa dalam solatnya tanpa memuji Allah dan berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم menegur: "Lelaki ini terburu-buru." Maka Baginda memanggilnya lalu bersabda kepadanya atau (syak perawi) kepada orang lainnya: "Apabila seseorang kamu berdoa maka hendaklah ia mulakan dengan memuji Allah dan membesarkanNya kemudian berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, kemudian berdoalah dengan apa yang dikehendakinya selepas itu." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi, katanya hadith hasan sahih)

PENGAJARAN
1. Antara adab yang perlu diraikan dalam berdoa adalah dimulakan dengan pujian bagi Allah dan berselawat kepada NabiNya صلى الله عليه وسلم yang mana hukumnya adalah sunat,
2. Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiah: Berselawat kepada Nabi adalah antara cara terbaik supaya doa mudah diqabulkan Allah. Ini kerana selawat Nabi adalah suatu suruhan Allah yang dianjurkan oleh Al Quran dan As Sunnah sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Ahzab: ayat 56 (yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu serta ucapkanlah salam kepadaNya."

SETIAP SELAWAT SAMPAI KEPADA NABI WALAU DI MANA BERADA

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا، وَصَلُّوا عَلَيَّ، فَإنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ)). رواه أَبُو داود بإسنادٍ صحيح.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Jangan jadikan kuburku (maqam jasad Nabi bersemadi) sebagai tempat perayaan. Dan berselawatlah kepadaKu nescaya selawat kamu akan sampai kepadaKu walau di mana berada." (Mafhum HR Abu Daud)

PENGAJARAN
1. Nabi صلى الله عليه وسلم melarang umatnya daripada menjadikan maqam Baginda sebagai tempat yang dikhaskan untuk pesta ibadah seperti solat, zikir, doa, selawat dan sebagainya kerana amalan tersebut adalah sebahagian daripada amalan jahiliah,
2. Sebaliknya Nabi menegaskan bahawa segala ibadah termasuk selawat kepada Baginda akan sampai kepadanya walau di mana berada,
3. Dalam hadith riwayat Al Bukhari dan Muslim Nabi turut mensyorkan agar sebahagian solat (solat sunat) hendaklah didirikan di rumah agar rumah tidak menjadi seperti kubur yang sunyi sepi daripada ibadah.

/saw

SIAPA YANG PALING UTAMA MENDAPAT SYAFAAT NABI DI AKHIRAT?

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
9 Rabiulawal 1437
21 Disember 2015


عن ابن مسعود رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((أَوْلَى النَّاسِ بِي يَومَ القِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَةً)). رواه الترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ).

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Orang yang paling aku utamakan (untuk mendapat syafaat) pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu." (Mafhum HR At Tirmidzi, katanya hadith hasan)

PENGAJARAN
1. Berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم adalah suatu ibadah yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seorang Muslim kerana mempunyai kelebihan yang istimewa,
2. Dengan berkat memperbanyakkan selawat juga dapat memberikan ketenangan jiwa, menyelesaikan sebarang permasalahan, menghilangkan gundah gelana, menambahkan rezeki dan sebagainya dengan izin Allah Taala,
3. Orang yang melazimi amalan berselawat bakal dikhaskan sebagai golongan yang paling berhak mendapat syafaat (pertolongan) Nabi صلى الله عليه وسلم pada hari Kiamat yang penuh dengan huru hara dan kesengsaraan...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

BERTEMU DAN BERJABAT TANGAN DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Ahad
8 Rabiulawal 1437
20 Disember 2015


عن البراءِ رضي الله عنه قال: قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((مَا مِنْ مُسْلِمَينِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا)). رواه أَبُو داود.

TERJEMAHAN
Dari Al Bara' رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu berjabat tangan (bersalaman) melainkan diampuni dosa mereka berdua sebelum mereka berpisah." (Mafhum HR Abu Daud)

PENGAJARAN
1. Selain memberi salam, bermanis muka dan bertegur sapa, hadith ini menggalakkan agar kita berjabat tangan apabila bertemu saudara sesama Islam kerana ianya mempunyai ganjaran yang istimewa di sisi Allah,
2. Kata ulama': Hikmah disarankan untuk berjabat tangan (bersalaman) adalah kerana dengan bersentuhan itu dapat menimbulkan kemesraan dan jalinan yang erat di antara manusia.

ORANG YANG PUJI ALLAH SELEPAS MAKAN MENDAPAT KEAMPUNAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Sabtu
7 Rabiulawal 1437
19 Disember 2015


عن معاذِ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قَالَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ أكَلَ طَعَامًا، فَقال: الحَمْدُ للهِ الَّذِي أطْعَمَنِي هَذَا الطعام، وَرَزَقنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلا قُوَّةٍ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ).

TERJEMAHAN
Dari Mu'az bin Anas  رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang telah makan lalu mengucapkan: الحَمْدُ للهِ الَّذِي أطْعَمَنِي هَذَا الطعام، وَرَزَقنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلا قُوَّة (yang bermaksud: Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan aku makanan ini dan memberikan  rezeki tanpa upaya dan kekuatan daripadaku) maka diampuni dosanya yang telah lalu." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi, katanya hadith hasan)

PENGAJARAN
1. Suatu hakikat yang perlu disedari bahawa setiap rezeki yang diperoleh adalah atas kurnia Allah bukannya kerana hasil kederat sendiri semata-mata. Sewajarnya manusia perlu bersyukur atas segala kurniaanNya,
2. Orang yang bersyukur akan mendapat keampunan daripada Allah terhadap dosanya yang telah lalu disamping pasti mendapat tambahan kurniaan nikmat daripadaNya (rujuk surah Ibrahim: ayat 7).

KELEBIHAN MEMPERBANYAKKAN SELAWAT KEPADA NABI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Jumaat
6 Rabiulawal 1437
18 Disember 2015


عن عبد الله بن عمرو بن العاص، رضي الله عنهما: أنَّه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاةً، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash رضي الله عنهما, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Berselawat adalah tanda kita mengenang jasa dan kasih kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang telah banyak berjasa dan berkorban demi menyampaikan risalah Islam,
2. Maksud Allah berselawat kepada manusia adalah Allah mengurniakan rahmat kepada orang yang berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم,
3. Bahkan dalam hadith yang lain disebutkan orang berselawat sekali turut dihapuskan sepuluh dosanya serta diangkat sepuluh darjat di sisi Allah (Mafhum HR Ahmad).

BETAPA DEKATNYA SYURGA DAN NERAKA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Khamis
5 Rabiulawal 1437
17 Disember 2015


عن ابن مسعود رضي الله عنه قَالَ: قَالَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم: ((الجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ، وَالنَّارُ مِثلُ ذلِكَ)). رواه البخاري.

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Syurga itu sangat hampir kepada seseorang kamu lebih hampir dari tali selipar (yang dipakainya). Dan neraka pun seumpama itu juga." (Mafhum HR Al Bukhari)

PENGAJARAN
1. Hadith ini menggesa supaya kita tidak memperlekehkan kebaikan walaupun kecil kerana setiap amalan walaupun sangat kecil (seperti sebesar zarah) pasti akan diperhitungkan di hadapan Allah dan diberi pembalasan,
2. Manusia perlu berhati-hati dalam kehidupannya di dunia kerana mungkin dengan tuturkatanya yang sedikit (seperti kalimah tauhid) boleh mendatangkan keredhaan Allah yang melayakkannya ke syurga. Begitu juga jika dia mengucapkan perkataan yang sedikit tetapi mendatangkan murka Allah (seperti kalimah kufur dan syirik) pasti menjerumuskannya ke dalam neraka... والعياذ بالله من ذلك.

KEISTIMEWAAN MENDOAKAN RAKAN TANPA PENGETAHUANNYA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Selasa
3 Rabiulawal 1437
15 Disember 2015


عن أبي الدرداء رضي الله عنه أنَّ رسُولَ الله صلى الله عليه وسلم كَانَ يقول: ((دَعْوَةُ المَرْءِ المُسْلِمِ لأَخيهِ بِظَهْرِ الغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ المَلَكُ المُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ، وَلَكَ بِمِثْلٍ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Al Darda' رضي الله عنه bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: "Doa seorang individu Muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuannya adalah mustajab (mudah diperkenankan Allah). Di sisi kepala orang yang didoakan itu ada malaikat yang ditugaskan supaya setiap kali ia mendoakan kebaikan kepada saudaranya maka malaikat yang ditugaskan akan menyambut dengan mengatakan: Amiin (semoga doamu diterima) dan bagimu sama seperti (apa yang didoakan) itu." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Selain daripada berdoa untuk keperluan sendiri kita juga digalakkan mendoakan kebaikan untuk saudara seIslam tanpa pengetahuan mereka kerana doa tersebut adalah mustajab dan kita bakal mendapat kebaikan yang sama,
2. Adalah menjadi tradisi mereka yang terdahulu apabila mereka berdoa untuk diri sendiri mereka turut mendoakan hal yang sama kepada saudara mereka,
3. Islam adalah agama yang mempromosikan keprihatinan dan kasih sayang sesama umatnya.

KENAPA DISUNATKAN PUASA PADA HARI ISNIN?

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
2 Rabiulawal 1437
14 Disember 2015

💐
عن أَبي قتادة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم سُئِلَ عَنْ صَومِ يَوْمِ الاثْنَيْنِ، فَقَالَ: ((ذَلِكَ يَومٌ وُلِدْتُ فِيهِ، وَيَومٌ بُعِثْتُ، أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Qatadah رضي الله عنه bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya berkenaan puasa (sunat) hari Isnin? Maka Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Pada hari (Isnin) itu aku telah dilahirkan dan hari aku dibangkitkan (sebagai Rasul) atau diturunkan (wahyu) kepadaku." (Mahfum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Isnin adalah hari istimewa berbanding hari lain bagi Nabi صلى الله عليه وسلم. Ini kerana Nabi telah diputerakan pada hari tersebut. Begitu juga Nabi dibangkitkan sebagai seorang Rasul pada hari Isnin,
2. Antara amalan yang digalakkan pada hari Isnin adalah berpuasa sunat sempena memperingati hari kelahiran dan perutusan Nabi صلى الله عليه وسلم.

KENAPA DISUNATKAN PUASA PADA HARI ISNIN?

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
2 Rabiulawal 1437
14 Disember 2015

💐عن أَبي قتادة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم سُئِلَ عَنْ صَومِ يَوْمِ الاثْنَيْنِ، فَقَالَ: ((ذَلِكَ يَومٌ وُلِدْتُ فِيهِ، وَيَومٌ بُعِثْتُ، أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Qatadah رضي الله عنه bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya berkenaan puasa (sunat) hari Isnin? Maka Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Pada hari (Isnin) itu aku telah dilahirkan dan hari aku dibangkitkan (sebagai Rasul) atau diturunkan (wahyu) kepadaku." (Mahfum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Isnin adalah hari istimewa berbanding hari lain bagi Nabi صلى الله عليه وسلم. Ini kerana Nabi telah diputerakan pada hari tersebut. Begitu juga Nabi dibangkitkan sebagai seorang Rasul pada hari Isnin,
2. Antara amalan yang digalakkan pada hari Isnin adalah berpuasa sunat sempena memperingati hari kelahiran dan perutusan Nabi صلى الله عليه وسلم.

Surah Al-Anaam, Verse 36:

Surah Al-Anaam, Verse 36:
إِنَّمَا يَسْتَجِيبُ الَّذِينَ يَسْمَعُونَ وَالْمَوْتَىٰ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ ثُمَّ إِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

Only those accept who listen; and (as to) the dead, Allah will raise them, then to Him they shall be returned.
(English - Shakir)

via iQuran
Surah Al-Anaam, Verse 41:
بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِن شَاءَ وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ

Nay, Him you call upon, so He clears away that for which you pray if He pleases and you forget what you set up (with Him).
(English - Shakir)

via iQuran
Surah Al-Anaam, Verse 43:
فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُم بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَٰكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yet why did they not, when Our punishment came to them, humble themselves? But their hearts hardened and the Shaitan made what they did fair-seeming to them.
(English - Shakir)

via iQuran
Surah Al-Anaam, Verse 38:
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

And there is no animal that walks upon the earth nor a bird that flies with its two wings but (they are) genera like yourselves; We have not neglected anything in the Book, then to their Lord shall they be gathered.
(English - Shakir)

via iQuran
: Surah Al-Anaam, Verse 44:
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

But when they neglected that with which they had been admonished, We opened for them the doors of all things, until when they rejoiced in what they were given We seized them suddenly; then lo! they were in utter despair.
(English - Shakir)

via iQuran

Solat Jenazah

.عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 5 perkara iaitu ; Menjawab salam, Menziarahi ketika sakit, mengiringi Jenazah, menuanikan jemputan dan mendoakannya ketika bersin. Muttafa'un 'alaihi.

Allah swt telah memfardhukan solat jenazah kepada seluruh umat Islam dengan fardhu Kifayah. Malangnya, ramai umat Islam menga
mbil sikap acuh tak acuh je dengan kefardhuan ni.. dengan alasan hanya fardhu Kifayah. Sedangkan Allah SWT telah memberi ganjaran yang amat besar kepada orang yang solat Jenazah dengan balasan pahala sebesar Gunung Uhud..  Kita lihat ramai yang bertandang ke rumah simati, tetapi yang solat jenazah hanya sekerat dua sahaja..
Apakah

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Brsihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Doa bagi jenazah perempuan dewasa



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ


Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Brsihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.



Doa bagi jenazah  kanak-kanak lelaki


اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً  وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا  أَجْرَهُ



Ya Allah jadikanlah dia sebagai penolong kepada kedua ibubapanya, dan sebagai harta pertaruhan bagi keduannya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibubapanya. dan beratkanlah timbangan amal keduanya dan penuhilah kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah (ujian) selepas kematiannya dan janganlah hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.



Doa bagi jenazah  kanak-kanak perempuan


اللَّهُمَّ اجْعَلْهاُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهاِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً  وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهاِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهاُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا  أَجْرَهاُ

Ya Allah jadikanlah dia sebagai penolong kepada kedua ibubapanya, dan sebagai harta pertaruhan bagi keduannya. Dan jadikanlah dia sebagai


Perkara Sunat Solat Jenazah.

1. Mengangkat tangan ketika takbir
2. Membaca Ta'awuz sebelum al-Fatihah
3. Semua bacaan dibaca dengan senyap
4. Tidak membaca doa Iftitah dan surah
5. Dilakukan di masjid
6. Sekurang-kurangnya 3 saf, lebih ramai maka lebih baik

TERAS AJARAN ISLAM

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 1 Rabiulawal 1437 13 Disember 2015 🌺 عن أَبي سفيان صخر بنِ حرب رضي الله عنه في حديثِهِ الطويل في قِصَّةِ هِرَقْلَ: أنَّ هرقْلَ قَالَ لأبي سُفْيَانَ: فَمَاذَا يَأمُرُكُمْ بِهِ؟ يَعْنِي النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: قُلْتُ: يقول: ((اعْبُدُوا اللهَ وَحْدَهُ، وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيئًا، واتْرُكُوا مَا يَقُولُ آبَاؤُكُمْ، وَيَأمُرُنَا بِالصَّلاةِ، وَالصّدْقِ، والعَفَافِ، والصِّلَةِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. TERJEMAHAN Dari Abu Sufian Sakhar bin Harb رضي الله عنه dalam sebuah hadith yang panjang tentang kisah dialognya dengan Hercules (raja Rom Timur): bahawasanya Hercules bertanya kepada Abu Sufian tentang ajaran Nabi صلى الله عليه وسلم. Maka aku memberitahunya bahawa Nabi bersabda: "Sembahlah Allah dan jangan menyekutukanNya dengan sesuatu, tinggalkanlah apa yang disebutkan oleh bapa-bapa kamu (daripada amalan jahiliyah) dan baginda memerintahkan supaya kami mendirikan solat, bersedekah, menjaga kehormatan diri dan bersilaturahim." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Islam adalah agama yang menyuruh umatnya supaya mengesakan Allah, melarang syirik dan meninggalkan amalan jahiliyah yang bertentangan dengan Syara', 2. Antara perkara yang dititikberatkan dalam Islam adalah menjaga solat, bersedekah (zakat), menjaga maruah diri dan menghubungkan silaturahim (kasih sayang sesama umat Islam), 3. Segala suruhan dan larangan yang terdapat dalam Islam adalah selaras dengan fitrah (naluri) manusia dan ianya tidak sukar untuk dipatuhi.

TIGA BOHONG YANG DIBENARKAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Sabtu 30 Safar 1437 12 Disember 2015 👄 عن أمِّ كُلْثُوم بنت عُقْبَة بن أَبي مُعَيط رضي الله عنها، قَالَتْ: سمِعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: ((لَيْسَ الكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيرًا، أَوْ يقُولُ خَيْرًا)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. وفي رواية مسلم زيادة، قَالَتْ: وَلَمْ أسْمَعْهُ يُرْخِّصُ في شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُهُ النَّاسُ إلا في ثَلاثٍ، تَعْنِي: الحَرْبَ، وَالإِصْلاَحَ بَيْنَ النَّاسِ، وَحَدِيثَ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ، وَحَدِيثَ المَرْأةِ زَوْجَهَا. TERJEMAHAN Dari Ummu Kulthum binti Uqbah bin Abu Mu'ayyat رضي الله عنها melaporkan: saya mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Bukanlah dianggap sebagai pembohong bagi seorang yang mendamaikan antara manusia (yang bertelagah). Maka dia menyemai kebaikan atau kata-kata yang baik. (Mafhum HR Muttafaq alaih). Dalam riwayat Muslim ada tambahan iaitu Ummu Kulthum melaporkan: Saya tidak pernah mendengar (pembohongan) diberi kelonggaran kecuali dalam tiga perkara iaitu: 1) strategi peperangan, 2) mendamaikan manusia, 3) kata-kata yang seorang suami/isteri (untuk mengelakkan penceraian). PENGAJARAN 1. Berbohong adalah suatu amalan yang dilarang oleh Syara' bahkan perbuatan ini adalah tanda munafik (hipokrit) dan berdosa besar, 2. Walau bagaimanapun menurut hadith ini ada tiga situasi pembohongan diberi kelonggaran iaitu: i. strategi untuk mengalahkan musuh dalam peperangan, ii. mendamaikan antara manusia yang bermusuhan terutama sesama Muslim, iii. menyelamatkan daripada berlaku keretakan rumahtangga/ penceraian suami isteri (dengan syarat tidak menjejaskan hak isteri).

GOLONGAN YANG DISAMBAR SYAITAN SEMASA SOLAT

[08/12 07:59] ‪+60 19-931 4378‬: السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Selasa 26 Safar 1437 8 Disember 2015 😈 عن عائشة رَضِيَ اللهُ عنها، قالت: سألت رسُولَ الله صلى الله عليه وسلم عَنِ الالتفَاتِ في الصَّلاَةِ، فَقَالَ: ((هُوَ اخْتِلاَسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ العَبْدِ)). رواه البخاري. TERJEMAHAN Dari 'Aisyah رضي الله عنها melaporkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengenai perbuatan menoleh (kepala) semasa solat? Maka Baginda bersabda: "(Perbuatan menoleh) itu adalah sambaran yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seorang hamba." (Mafhum HR Al Bukhari) PENGAJARAN 1. Perbuatan menolehkan kepala semasa solat adalah makruh walaupun ianya tidak membatalkan solat kerana masih tidak berpaling daripada kiblat. Ini kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan kurangnya khusyuk seterusnya menjadikan pahala solat seseorang itu berkurangan, 2. Kecuali jika ada hajat tertentu maka perbuatan memalingkan kepala adalah dibenarkan, 3. Kata Syeikh Ibnu Uthaimin: Menoleh dalam solat ada 2 iaitu - Pertama: Menoleh secara luaran iaitu dengan menolehkan anggota badan, dan Kedua: Menoleh secara dalaman iaitu hati yang tidak memberikan tumpuan semasa solat. Oleh itu setiap orang perlu berusaha untuk memastikan kedua-duanya dapat dihindarkan semasa solat. Kalau tidak ia termasuk dalam golongan yang disambar oleh syaitan semasa solat. [11/12 07:14] ‪+60 19-967 0249‬: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. Ya اَللّهُ :- Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.... Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...! Ampunkanlah dosa-dosa kami.... Dosa kedua ibu bapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana sahaja samada yg masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia. Hasbunallaahu wa ni'mal wakiil. Hasbunallaahu wa ni'mal wakiil. Hasbunallaahu wani'mal wakiil. Cukup lah Allah menjadi wakil kami yang sebaik-baiknya. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَم

Very nicely written 😊 By Ustaz Don Daniyal 7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 🌝 Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. 🌝 Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. 🌝 Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 🌝 Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. 🌝 Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. 🌝 Keenam: Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”. 🌝 Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti.. بارك الله فيكم..

ISLAM ADALAH AGAMA FITRAH

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Khamis 28 Safar 1437 10 Disember 2015 🌺 عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ النبي صلى الله عليه وسلم أُتِيَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ بِقَدَحَيْنِ مِنْ خَمْرٍ وَلَبَنٍ، فَنَظَرَ إِلَيْهمَا فَأَخَذَ اللَّبَنَ. فَقَالَ جِبريل: الحَمْدُ للهِ الَّذِي هَدَاكَ لِلفِطْرَةِ لَوْ أخَذْتَ الخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ. رواه مسلم. TERJEMAHAN Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم pada malam diisra'kan baginda dihidangkan dengan dua bejana yang terdiri daripada arak dan susu. Maka Nabi memandang kepada keduanya lalu mengambil bejana yang berisi susu. (Melihat yang demikian) lantas malaikat Jibrail berkata: Segala puji bagi Allah yang menunjukkan tuan kepada fitrah. Seandainya tuan memilih arak nescaya akan porak perandalah umat tuan. (Mafhum HR Muslim) PENGAJARAN 1. Islam adalah ad-din yang selaras dengan fitrah (naluri) yang dapat mengatur kehidupan manusia supaya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, 2. Kata Imam Nawawi: Ulama' mentafsirkan fitrah itu adalah Islam dan istiqamah (berpegang teguh kepada ajaran agama). Ertinya memilih untuk menjadi seorang Islam yang komited, 3. Allah menjadikan susu sebagai perumpamaan kepada fitrah kerana susu itu sifatnya suci, berkhasiat dan mendatangkan kesihatan kepada orang yang meminumnya. Sedangkan arak adalah ibu (punca) kepada segala keburukan, yang mengundang kejahatan sejak dari dulu, sekarang dan selamanya. Jadi ianya tidak sesuai dengan naluri manusia.

HAFAL SEPULUH AYAT AWAL// AKHIR SURAH AL KAHFI UNTUK ELAK FITNAH DAJJAL

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Jumaat 29 Safar 1437 11 Disember 2015 💡HAFAL SEPULUH AYAT AWAL/ AKHIR SURAH AL KAHFI UNTUK ELAK FITNAH DAJJAL عن أَبي الدرداءِ رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الكَهْفِ، عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ)). وفي رواية: ((مِنْ آخِرِ سُورَةِ الكَهْفِ)). رواهما مسلم. TERJEMAHAN Dari Abu Darda' رضي الله عنه bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat awal daripada surah Al Kahfi maka dia dipelihara daripada (fitnah) dajjal." Dalam riwayat yang lain Nabi bersabda: "Dari akhir surah Al Kahfi..." kedua-duanya diriwayatkan oleh Muslim PENGAJARAN 1. Amalan membaca surah Al Kahfi secara keseluruhannya (110 ayat) adalah disunatkan pada hari/malam Jumaat. Antara kelebihannya adalah mendapat nur (cahaya) dari Allah untuk tempoh dua Jumaat (mafhum hadith), 2. Namun kita juga digalakkan untuk menghafal sepuluh ayat awal atau akhir daripada surah Al Kahfi bagi membenteng diri daripada terpedaya dengan fitnah Al Masih Dajjal yang bakal muncul di akhir zaman, 3. Antara fitnah yang dibawa oleh dajjal adalah menyesatkan aqidah manusia dengan mendakwa dirinya sebagai tuhan beserta dengan kebolehan luarbiasa yang dimilikinya.

HARAM MENUMPAHKAN DARAH SEORANG YANG TELAH MELAFAZKAN SYAHADAH

سَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Isnin 25 Safar 1437 7 Disember 2015 🔥 عن أَبي عبدِ الله طارِق بن أشَيْم رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم، يقول: ((مَنْ قالَ لا إلهَ إلا الله، وَكَفَرَ بما يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ، حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى الله تَعَالَى)). رواه مسلم. TERJEMAHAN Dari Abu Abdullah Toriq bin Asyim رضي الله عنه melaporkan: saya telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang telah melafazkan tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan mengingkari dengan apa yang pernah disembahnya selain Allah maka haramlah hartanya dan darahnya. Dan perkiraannya adalh terserah kepada Allah." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Apabila berlaku peperangan antara umat Islam dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam (kafir harbi), jika orang kafir harbi tersebut telah tewas lalu mengucapkan dua kalimah syahadah maka tentera Islam dilarang (haram) membunuhnya, 2. Ini kerana pada waktu itu dia telah dikira sebagai saudara seaqidah yang haram dirampas hartanya (sebagai ghanimah) dan darahnya (kerana telah Islam), 3. Adapun persoalan sama ada dia telah benar-benar memeluk Islam ataupun hanya berpura-pura kerana hendak menyelamatkan diri, urusan tersebut hendaklah diserahkan kepada Allah (hanya Allah yang berhak tentukan balasannya).

KELONGGARAN UNTUK MEMAKAI SUTERA BAGI LELAKI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Rabu 20 Safar 1437 2 Disember 2015 👔 عن أنسٍ رضي الله عنه قال: رَخَّصَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم لِلزُّبَيْرِ وعَبْدِ الرَّحْمن ابن عَوْفٍ رضي الله عنهما في لُبْس الحَريرِ لِحَكَّةٍ بِهِما. متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari Anas رضي الله عنه melaporkan: Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi kelonggaran kepada Zubayr dan Abdul Rahman bin 'Auf رضي الله عنهما untuk memakai pakaian sutera kerana (penyakit) gatal yang mereka hadapi. (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Ada dua perkara yang diharamkan bagi orang lelaki Islam memakainya iaitu sutera dan emas, 2. Walau bagaimanapun mereka dibenarkan untuk memakainya dalam keadaan darurat (terdesak) seperti mempunyai masalah kulit gatal dan sebagainya. Bahkan sutera pernah digunakan sebagai "baju kebal" bagi menggantikan baju besi oleh tentera Tartar yang membolehkan mereka berperang dengan lincah dan tangkas, 3. Menurut kebanyakkan ulama' sutera tiruan adalah dibenarkan untuk lelaki namun tidak digalakkan kerana sutera yang sifatnya lembut adalah lebih sesuai untuk kaum hawa... والله أعلم

DOA MUSTAJAB ANTARA AZAN DAN IQAMAH

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Khamis 21 Safar 1437 3 Disember 2015 🌹 عن أنس رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الدُّعَاءُ لا يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإقَامَةِ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ). TERJEMAHAN Dari Anas رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Doa (yang dipohon) tidak ditolak antara azan dan iqamah." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi, katanya hadith hasan) PENGAJARAN 1. Sebagai hamba yang banyak kelemahan, manusia disarankan supaya banyak bermohon kepada Allah Ta'ala. Bahkan setiap doa akan diperkenankan Allah (rujuk surah Ghafir: ayat 60), 2. Di samping itu kita juga digalakkan untuk berdoa pada waktu-waktu doa mustajab (mudah diperkenankan Allah). Antaranya adalah selepas azan dan sebelum iqamah.

Seekor Harimau , 2 Buaya , 2 Tikus dan Lebah

Seekor Harimau , 2 Buaya , 2 Tikus dan Lebah . Astagfirullahalazim.. Take a few minutes of your time .. " UNTUK RENUNGAN BERSAMA " ..Ada seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan .. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar tu , tiba tiba dia terdengar satu bunyi . jeng ! jeng ! jeng ! bunyi . aauuummmmm !! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja . Jadi , si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri . Harimau tu kejar hamba Allah ni . Sebab dia dah lapar sangat ni . Harimau tu pun kejar , kejar , kejar dan kejar . Hamba Allah ni punyalah takut , berlari lintang pukang . Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi . Dengan kuasa Allah , diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya . Jadi untuk menyelamatkan diri , si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi . Perigi tu ada tali dan sebuah timba . Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu . Tali tu pendek jer . Jadi dia bergantungan di tengah tengah perigi . Di mulut perigi , harimau yang lapar tu menunggunya . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri , sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan . Tengah berfikir macam mana nak selamat , tiba tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi . Aaaaa!!!! Ya Allah . lagilah seram dibuatnya . Nak tahu ada apa kat bawah tu ? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan . Apalah nasib . Dah jatuh ditimpa tangga . lagilah takut si hamba Allah ni . Atas ada harimau , bawah ada buaya . Semakin risau dan takut . Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar , tiba iiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah celah perigi , naik ke atas ikut tali yang hamba Allah tu bergayut . Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak . Cis , kurang ajar punya tikus . Alahhhh . macam mane ni . lepas tu , keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam .. Naik mengikut tali tadi , cit ! cit ! cit !cit ! sampai kat atas . Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu . Cis , lagi satu . Macam mana aku nak buat ni . habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi . Kalau naik kat atas makan dek harimau . Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya . Macam mana ni . Sedang hamba Allah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya , tiba-tiba terdengar satu bunyi . uuuuuuuuuuuuu . Bunyi lebah bawa madu . Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit , melihat lebah yang sedang bawa madu . tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi . Punyalah nikmat sehingga tidak terkata . Hamba Allah tu kata , "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni . Sedapnya . Subhanallah sungguh sedap ni ." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah . Kalau semua nak tahu . si Hamba Allah itu adalah kita semua . Harimau yang mengejar tu adalah maut kita , ajal memang sentiasa mengejar kita , so beringat ingatlah . ..2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti . Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita . ..Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita . Kan tikus tu gigit tali tu . ..Madu . madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia . Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya , dia lupa pada harimau dan buaya tu . Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah . Waktu susah baru la nak ingat Allah JANGAN BANGGA & JANGAN BERLAGAK :- 1. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT . 2. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - KUBUR . ..3. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN KAPAN . ..4. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir - KERANDA . 5. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita - KAPUR BARUS . ✅ Rugilah tidak SHARE sebab ini adalah satu peluang dakwah yang mudah...In Shaa Allah... Wallahualam
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Jumaat 22 Safar 1437 4 Disember 2015 عن عليّ مرفوعًا قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فهو معصوم إِلى ثمانية أيام من كل فتنة، وإن خرج الدَّجَّال عُصم منه)). رواه الضِّياء المقدسي في المختارة. TERJEMAHAN Dari 'Ali رضي الله عنه (secara marfu') melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang membaca surah al Kahfi pada hari Jumaat maka dia terpelihara sehingga lapan hari daripada segala fitnah walaupun dajjal muncul maka dia akan terpelihara (daripada fitnahnya)." (Mafhum HR Ad Dhiyak Al Muqaddasi dalam kitab Al Mukhtarah). PENGAJARAN 1. Antara amalan yang elok diamalkan (sunat) pada hari/ malam Jumaat secara mingguan adalah membaca surah Al Kahfi, 2. Surah Al Kahfi ada banyak kelebihan (fadhilat) yang hebat jika diamalkan. Antaranya dapat mengelakkan diri daripada fitnah dunia akhir zaman dan tipudaya dajjal yang akan muncul sebelum datangnya Kiamat.
Sesiapa yang memerlukan bantuan seperti Wheelchair untuk OKU, kaki palsu, tangan palsu, alat bantuan pendengaran, katil khas utk yg lumpuh dan stroke sila hubungi Kami. TIADA bayaran dikenakan, khidmat kami adalah percuma. Semenanjung Malaysia saja. Pertanyaan 013 399 3093 whatsapp sahaja Tel : +603 – 9058 0061 (waktu pejabat) E-mel: glomas.medic@gmail.com www.glomasmedic.com Tarik Tutup: 30/12/2015 Tolong Share Group lain supaya kita dapat bantu org yg memerlukan...

Adakah Qiyas dan Ijtihad Dibolehkan Dalam Persoalan Ibadah?

Soalan : Adakah ijtihad dibolehkan dalam persoalan ibadah sepertimana ia berlaku di dalam mu'amalah? Jawapan : Terdapat segolongan umat Islam melarang secara mutlak menggunakan kaedah qiyas atau ijtihad di dalam persoalan ibadah. Mereka menghadkannya pada persoalan muamalah sahaja. Ini tidaklah tepat. Kerana persoalan-persoalan ibadah itu; ada yang dapat diketahui maksudnya melalui akal, maka ia boleh dijadikan sebagai sandaran qiyas, dan ada yang tidak diketahui maksudnya melalui akal maka dilarang menggunakan qiyas dan ijtihad padanya. Contoh-contoh persoalan yang tidak diketahui maksudnya : a. Bilangan waktu solat fardhu. b. Bilangan rakaat solat fardhu. c. Rukuk hanya sekali, sedangkan sujud dua kali. d. Bilangan pusingan tawaf. e. Bilangan pusingan saie. f. Bilangan melontar jumrah dengan anak batu. g. Kebanyakan amalan yang berkait dengan haji. h. Keseluruhan ibadah-ibadah yang terpokok. Perkara-perkara tadi tidak diketahui dengan illahnya (sebab yang mewajibkannya). walaupun terdapat para ulama yang cuba memperkatakan rahsia atau hikmah yang terkandung disebaliknya. Perkara-perkara tadi tidak diharuskan berijtihad padanya, tetapi kita melakukannya untuk berta'abbud (beribadah) kepada ALlah sepertimana ia didatangkan. Manakala perkara-perkara yang diketahui maksudnya terlalu banyak. Kami akan menyebutkannya sebagai contoh, bukannya menghadkan setakat itu sahaja. Di antaranya ialah : 1. Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam pernah menyamakan (qiyas) hukum menunaikan haji dan berpuasa untuk seorang yang telah mati dengan hutang terhadap hamba ALlah yang ia wajib tunaikan. (Fath al Bari, jld 4, m.s 64) Walaupun ini tidak dianggap hukum yang telah ditetapkan oleh qiyas tetapi dengan nas, kerana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam diberi kebenaran untuk mengeluarkan hukum, tetapi ini sebenarnya baginda telah membuka satu peluang atau laluan atau pintu kepada umatnya secara umum akan keharusan menggunakan qiyas. Terutama di dalam persoalan ibadah khusus kerana haji dan puasa adalah di antara bentuk ibadah. 2. Saidina Umar berpendapat bahawa tidak batal puasa seseorang yang berkucup dengan isterinya, kerana mengqiyaskan dengan berkumur-kumur ketika berpuasa. (Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al Baihaqi). 3. Dalam menetapkan satu miqad baru iaitu Zatu Irq bagi jemaah Haji atau Umrah yang datang dari sebelah Iraq, Saidina Umar mengqiyaskannya dengan tempat yang setentang dengannya iaitu Qarn al Manazil. Sedangkan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam hanya menetapkan empat tempat sahaja sebagai miqat tetapi Saidina Umar menambah satu lagi iaitu Zatu Irq (menjadi lima). (LIhat al Mughni, jld 3, m.s 3 258 dan Fath al Bari m.s 389) 4. Saidina Uthman mewujudkan azan dua kali (pertama dan kedua) pada hari Jumaat diqiyaskan dengan azan 2 kali pada solat subuh dengan alasan bahawa azan yang pertama pada Solat Subuh disyariatkan pada zaman RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam untuk mengejutkan mereka yang sedang tidur, maka begitu juga azan yang pertama pada solat Jumaat untuk mengingatkan mereka yang sedang sibuk berniaga di pasar dan yang bekerja (Nailul al Authar : 3/322) 5. Jumhur ulama mengharuskan dua solat sunat yang bersebab pada waktu yang makruh diqiyaskan dengan solat sunat selepas Zohor yang diqadha' oleh RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam selepas Solat Asar ( Lihat al Nawawi, Syarah sahih Muslim: 6/111) 6. Sebilangan besar pada ulama berpendapat, menyapu tangan sampai ke siku ketika tayammum adalah wajib diqiyaskan dengan membasuh kedua tangan ketika berwudhuk. (Lihat Mughni al Muhtaj:1/99 dan al Mughni: 1/204) 7. Bagi ulama yang berpendapat bahawa solat sunat sebelum Solat Jumaat adalah sunat muakkad mengqiyaskan dengan solat sunat sebelum Zohor. Manakala sebilangan ulama lain di antaranya Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim berpendapat bahaya ia adalah sunat (sunat mutlak bukannya sunat muakkad) mengqiyaskannya dengan solat sunat hari raya yang tidak ada solat sunat (muakkad) sebelum solat tersebut. ((Al Fatawa: 24/194) 8. Sesetengah u lama bermazhab Hanafi mengqiyaskan air yang banyak yang tidak terjejas apabila jatuh najis ke dalamnya dengan air laut dari segi banyaknya. (al Mushili, al Ikhtiyar: 1/14) 9. Para ulama bermazhab Hambali mengharuskan ganti dengan memberi makanan sebagai kaffarat bunuh (yang tidak sengaja), kerana mengqiyaskannya dengan kaffarat zihar dan kaffarat jimak pada siang hari Ramadhan (Al Mughni: 8/97) 10. Menurut Imam Ahmad dalam satu riwayat daripadanya, dibasuh setiap benda yang terkena najis sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan air tanah, kerana beliau mengqiyaskannya dengan sesuatu yang terkena najis anjing atau babi (Al Mughni: 1/54-55) 11. Menurut Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, diwajibkan berdiri sekadar yang termampu bagi sesiapa yang tidak mampu berdiri dengan sempurna ketika solat samada kerana ketakutan atau kerana atap hendak roboh diqiyaskan dengan hukum berdiri seorang yang bongkok. (Al Mughni: 2/144) 12. Imam Malik berpendapat, diharuskan melewatkan solat bagi mereka yang ketiadaan air diqiyaskan dengan seorang perempuan yang kedatangan haid yang diharuskan melewatkan solatnya (al Mughni: 1/250) 13. Imam Abu Hanifah dan Imam asy Syafie berpendapat, sah tayammum bagi seorang yang berhadas besar dengan niat mengangkat hadas kecil diqiyaskan dengan sahnya wudhuk selepas membuang air kecil atau besar (walaupun tanpa niat untuk mengerjakan solat). (Al Mughni: 1/267) 14. Imam Malik membolehkan qadha' solat malam yang terluput, iaitu dikerjakannya selepas terbit fajar sebelum solat Subuh diqiyaskan dengan solat witir. Tetapi ini adalah salah satu pendapat Imam Malik berhubung dengan masalah ini. (al Mughni:2/120) 15. Imam Abu Hanifah, Ath Thauri dan Al Auza'ie membolehkan lewat solat bagi mereka yang tidak menemui air dan tanah sehinggalah menemuinya, kemudian mengqadha'nya diqiyaskan dengan melewatkan puasa bagi wanita yang kedatangan haid (Al Mughni: 1/267) Ini hanya sebahagian kecil daripada sebilangan besar persoalan ibadah yang dikeluarkan hukumnya berdasarkan kaedah qiyas. Qiyas ini adalah ijtihad dan pandangan. Oleh itu, sesiapa yang melarang menggunakan qiyas di dalam ibadah secara mutlaq, maka pendapatnya tidak dapat diterima sebagaimana yang dinyatakan tadi. Ibnu Umar radiyaLlahu anhu berpendapat, solat Sunah Dhuha tidak digalakkan di dalam syariat Islam melainkan bagi mereka yang tiba dalam permusafiran. Beliau hanya mengerjakannya ketika tiba di Masjid Quba. Ini diriwayatkan oleh Al Bukhari daripada Mauriq katanya : "Aku pernah bertanya kepada Ibnu Umar RadiyaLlahu 'anhu." Adakah kamu bersolat Dhuha? Beliau menjawab "Tidak", Aku bertanya lagi "Adakah Umar mengerjakannya?" Beliau menjawab "Tidak". Aku bertanya lagi " Abu Bakar?" Jawabnya: "Tidak" Aku bertanya lagi: "RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam?" Jawabnya "Aku tidak pasti". Menurut al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani: "Sebab tawaqqufnya Ibnu Umar pada masalah itu kerana beliau pernah mendengar daripada orang lain bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah mengerjakannya tetapi beliau tidak begitu mempercayai perkara itu daripada seorang yang menyebut kepadanya.". Maka, beliau menganggap solat Dhuha adalah di antara bid'ah yang baik sepertimana yang diriwayatkan oleh Mujahid daripada beliau (Ibnu Umar). Menurut Al A'raj: “Aku pernah bertanya Ibnu Umar berkenaan Solat Sunah Dhuha? Beliau menjawab: “Ia adalah bid’ah dan sebaik-baik bid’ah” . (Fath al Bari: 3/52) Sepertimana yang tela h dinyatakan daripada Ibnu Umar tadi, membuktikan bahawa perkara-perkara yang baharu diwujudkan dalam ibadah memang berlaku dan diakui oleh pada sahabat RadiyaLlahu ‘anhum sendiri. Sumber : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur USRAH SOLAT DAN QA AGAMA 📝by: https://telegram.me/usrah_solat_MSO **Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

MUSLIM TERBAIK,q

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 24 Safar 1437 6 Disember 2015 🌺 عن عبدِ الله بن عمرو بن العاصِ رضي الله عنهما، قَالَ: قَالَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ((المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، والمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ)). متفق عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari Abdullah bin Amr bin Al 'As رضي الله عنهما melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Seorang Muslim adalah seorang yang memberikan kesejahteraan kepada kaum Muslimin (dengan tidak menyakiti mereka disebabkan kejahatan) lidah dan tangannya. Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang Allah larang." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim) PENGAJARAN 1. Seorang Muslim yang baik bukan sekadar menjaga hubungan baik dengan Allah (hablun min Allah - dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan agama) tetapi turut menjaga hubungan baik dengan manusia (hablun min an-nas) dengan menahan diri daripada menyakiti mereka dengan tuturkata yang buruk dan perangai tercela, 2. Orang berhijrah yang hakiki adalah mereka yang sanggup berubah kepada kebaikan dan tidak kembali lagi kepada tabiat lama yang dimurkai oleh Allah Ta'ala.

ikhlas diri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم Tazkirah Pagi Sabtu 23 Safar 1437h 05 Disember 2015m Sesungguhnya Allah swt memerintahkan orang-orang yang beriman mengikhlaskan diri untuk beribadah kepada Allah SWT sesungguhnya setiap diri akan merasai mati. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al -Ankabut Ayat 56-60. 📚📌🌸🌷🌻🍀👇👇 Surah Al-Ankaboot, ayat 56: يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ أَرْضِي وَاسِعَةٌ فَإِيَّايَ فَاعْبُدُونِ Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu. Surah Al-Ankaboot, ayat 57: كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). Surah Al-Ankaboot,ayat 58: وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ الْجَنَّةِ غُرَفًا تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh - Surah Al-Ankaboot, ayat 59: الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya. Surah Al-Ankaboot, ayat 60: وَكَأَيِّن مِّن دَابَّةٍ لَّا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Tafsir Ibnu Katsir Online Versi 1.0: Tafsir Surat Al-'Ankabut, ayat 56-60 http://ibnukatsironline.blogspot.my/2015/09/tafsir-surat-al-ankabut-ayat-56-60.html?m=1 📢 📢 🔊 🔊 Disiarkan oleh Tanbihul Gaafilin Lajnah Penerangan&Multimedia Pas Kawasan Bandar Tun Razak KL Semoga kita semua sama sama dapat mengambil manfaatnya 📚 📌 🌹 🌸 🌺 🌻 👆 ISTIQAMAH MENUNGGU KEMENANGAN. Dihantar oleh: Penerangan BTR Langganilah https://telegram.me/PASWilayahBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

hutang

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Selasa 19 Safar 1437 1 Disember 2015 🍃 ن عبدِ الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((يَغْفِرُ اللهُ لِلشَّهِيدِ كُلَّ شَيْءٍ إِلاَّ الدَّيْنَ)). رواه مسلم. وفي روايةٍ له: ((القَتْلُ في سَبيلِ اللهِ يُكَفِّرُ كُلَّ شيءٍ إلاَّ الدَّيْن)). TERJEMAHAN Dari Abdullah bin Amr bin Al 'Ash رضي الله عنهما: bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Allah mengampunkan bagi orang yang mati syahid segala perkara melainkan hutang." (Mafhum HR Muslim). Dalam riwayat baginya Nabi bersabda: "Orang yang terbunuh di dalam jihad fisabilillah Allah mengampunkan segala perkara kecuali hutang." PENGAJARAN 1. Ganjaran mati syahid adalah sangat besar dan dapat menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan semasa hayatnya, 2. Namun dosa yang dihapuskan adalah yang berkaitan dengan hak Allah. Adapun yang berkaitan dengan hak anak Adam seperti hutang ianya perlu dilangsaikan barulah pahala syahid diterima di sisi Allah dan dosanya terampun, 3. Kata Imam Nawawi: Hadith ini menekankan supaya menyelesaikan hak sesama anak Adam (sebelum meninggal dunia) kerana jihad, syahid di jalan Allah dan segala jenis kebaikan hanya menghapuskan hak dengan Allah (tidak hak sesama manusia).

TIDAK BERLEBIHAN DALAM GELAK KETAWA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Isnin 18 Safar 1437 30 November 2015 🌺 عن عائشة رضي الله عنها قالت: مَا رَأيْتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم مُسْتَجْمِعًا قَطُّ ضَاحِكًا حَتَّى تُرَى مِنهُ لَهَوَاتُهُ إنَّمَا كَانَ يَتَبَسَّمُ. متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari 'Aisyah رضي الله عنها melaporkan: saya tidak pernah melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berlebihan dalam ketawa hingga menampakkan anak tekak. Sesungguhnya baginda hanya senyum (jika ada sesuatu yang menggelikan hati baginda). (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Senyum dan ketawa adalah tanda kegembiraan hati yang merupakan lumrah dalam kehidupan manusia, 2. Namun dalam bergelak ketawa janganlah terlalu berlebihan (terbahak-bahak) kerana ianya boleh menghilangkan ketenangan di dalam hati dan menjejaskan maruah diri.

JANGAN GUNA BEKAS YANG DIBUAT DARIPADA EMAS DAN PERAK UNTUK MAKAN/MINUM

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 17 Safar 1437 29 November 2015 ☕🍲 عن أُمِّ سلمة رضي الله عنها: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الَّذِي يَشْرَبُ في آنِيَةِ الفِضَّةِ، إنَّمَا يُجَرْجِرُ في بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ)). متفقٌ عَلَيْهِ. وفي رواية لمسلم: ((إنَّ الَّذِي يَأكُلُ أَوْ يَشْرَبُ في آنِيَةِ الفِضَّةِ وَالذَّهَبِ)). وفي رواية لَهُ: ((مَنْ شَرِبَ في إناءٍ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ، فَإنَّمَا يُجَرْجِرُ في بَطْنِهِ نَارًا مِنْ جَهَنَّم)). TERJEMAHAN Dari Ummu Salamah رضي الله عنها, bahawasanya Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: "Orang yang minum di dalam bekas yang dibuat daripada perak sesungguhnya dia menuangkan ke dalam perutnya dengan api neraka jahanam. (Mafhum HR Muttafaq 'alaih). Dalam riwayat Imam Muslim Nabi bersabda: "Sesungguhnya orang yang makan atau minum dalam bekas emas dan perak." Dalam riwayat baginya Nabi bersabda: "Barangsiapa yang minum dalam bekas yang dibuat daripada emas atau perak, maka sesungguhnya dia menuang ke dalam perutnya api dari neraka jahanam." PENGAJARAN 1. Ulama' bersepakat bahawa menggunakan peralatan yang diperbuat daripada emas dan perak seperti pinggan, mangkuk, gelas, sudu, garfu, piring dan sebagainya untuk makan dan minum adalah haram, 2. Hadith ini merupakan peringatan keras supaya kita tidak menjadikan harta seperti emas dan perak untuk berpoya-poya dan menunjuk-nunjuk, 3. Sebaliknya segala nikmat kurniaan Allah perlulah digunakan untuk tujuan kebaikan seperti membantu orang susah, membaiki jalan yang rosak, menta'mirkan masjid dan madrasah, menolong orang yang berjihad fisabilillah, mencukupkan belanja orang yang ingin berkahwin, menampung orang yang membayar hutang dan sebagainya.

TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG DI BAWAH

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Jumaat 15 Safar 1437 27 November 2015 عن أَبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((اليَدُ العُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اليَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأ بِمَنْ تَعُولُ، وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنىً، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ)). رواه البخاري. TERJEMAHAN Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tangan yang (memberi) di atas adalah lebih baik daripada tangan yang (meminta) di bawah. Dan mulakanlah infaq dengan nafkah mereka yang di bawah tanggungan. Sebaik-baik sedekah adalah yang datang daripada lebihan harta. Barangsiapa yang menahan diri (daripada meminta-minta) Allah akan menjaga maruahnya dan barangsiapa yang meminta Allah mencukupkan rezekinya maka Allah akan mencukupkannya." (Mafhum HR Al Bukhari) PENGAJARAN 1. Islam menggalakkan sifat dermawan kerana ianya merupakan bukti keprihatinan terhadap kesusahan orang lain, 2. Seseorang perlu memastikan nafkah yang wajib untuk diri dan keluarga mencukupi sebelum bersedekah kepada orang lain, 3. Para hartawan perlu memainkan peranan dalam mengatasi isu kemiskinan dalam masyarakat dengan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, 4. Sikap menahan diri daripada meminta-minta adalah terpuji untuk menjaga maruah diri. Disamping itu perlu banyak bergantung kepada Allah dalam berusaha mencari rezeki kurniaanNya

musafir

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️ assalamu alaikum ustazah.  🅰nak bertanya sedikit tentang bermusafir / solat jamak. 1. seseorang wanita tidak dibenarkan bermusafir tanpa mahram. 🅰Bagaimana pula...  ☎️a. contoh.. dari JB ke KL - dan abangnya sekeluarga tinggal diKuala LUmpur.. boleh tak dia pergi?  ☎️b. sekiranya boleh, mestikah dia menginap dirumah abangnya atau dia boleh menginap di hotel? ☎️c. sekiranya dia seorang ibu tunggal dan terpaksa bermusafir demi tugas? ☎️d. bagaimana pula dengan solat .. boleh tak dia bersolat jamak & qasar? Terima kasih. Jawapan Waalaikumsalam ✅ Hukum asal Islam ➡️melarang wanita bermusafir tanpa mahram..,tetapi menurut mazhab Syafie.. 👉hukum tersebut boleh berubah menjadi harus mengikut adat dan uruf sesuatu tempat.. ➡️ Maka Harus bagi wanita bermusafir tanpa mahram dgn syarat... 👉 Mendapat keizinan drpd wali atau suaminya 👉 pekerjaan yg dilakukan diharuskan olh syarak 👉 hendaklah menjaga adab dan peraturan yg ditetapkan olh syarak 👉 pekerjaan tersebut tidak menyebabkan dia mengabaikn tanggungjwb terhadap suami dan anak2 👉 tidak bertentangan dgn fitrah wanita 👉 tidak berlaku pergaulan bebas ➡️Jika dia hendak menziarahi keluarga .. 👉maka ia harus jika dibenarkan olh suami atau walinya . ➡️ Dia juga bebas memilih tempat penginapan semasa dia bermusafir . 👉Asalkan dia menjaga adab dan peraturan syarak. ➡️ seorang ibu tunggal yg terpaksa bermusafir demi tugas., 👉 adalah diharuskan kerana termasuk dalam uzur syarie ➡️ Jika dia mematuhi semua syarat2 di atas .. 👉maka dia diharuskan solat jamak dan qasar. USRH SOLAT DAN QA AGAMA 📝by: @Asmahan_Hurzaid 📮by: azyan

ߌ釁NJARAN TIDAK MELEPASKAN KEMARAHAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Sabtu 16 Safar 1437 28 November 2015 عن معاذِ بنِ أَنسٍ رضي الله عنه أنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((مَنْ كَظَمَ غَيظًا، وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللهُ سُبحَانَهُ وَتَعَالى عَلَى رُؤُوسِ الخَلائِقِ يَومَ القِيامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنَ الحُورِ العِينِ مَا شَاءَ)). رواه أَبو داود والترمذي، وَقالَ: (حديث حسن). TERJEMAHAN Dari Mu'az bin Anas رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang menahan kemarahan sedangkan dia berupaya untuk melepaskan kemarahannya itu nanti di hari Kiamat dia akan dipanggil di khalayak makhluk sehingga diberi (kelebihan) untuk memilih mana-mana bidadari yang disukainya." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi, katanya hadith hasan) PENGAJARAN 1. Adalah menjadi lumrah kehidupan setiap orang biasa menghadapi situasi yang boleh menimbulkan kemarahannya, 2. Syara' menggalakkan umatnya agar dapat menahan diri daripada melepaskan kemarahan bahkan memuji tindakan tersebut. Contoh dalam surah Ali Imran, ayat 134 (yang bermaksud): "...Dan orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah amat mengasihi orang yang berbuat baik." 3. Ganjaran istimewa menanti bagi golongan ini kerana dia menahan marah kerana mengharapkan redha Allah bukannya kerana takut terhadap sesama manusia (bacul).

Menyesal Tidak Mengetahuinya Dari Dulu, Ini 7 Rahasia

Mendidik Anak 7 Rahasia Mendidik Anak dari Ustdz Farid Ahmad! 1. Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Coba tunjuk burung atau awan di atas langit agar ia melihatnya, ia akan terdiam. Karena psikologis manusia saat menangis, adalah menunduk. 2. Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Ayo, sudah mainnya, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Mainnya 5 menit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua menit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Ayo, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain. 3. Jika engkau berada di hadapan sekumpulan anak-anak dalam sebuah tempat, yang mereka berisik dan gaduh, dan engkau ingin memperingatkan mereka, maka katakanlah: “Ayoo.. Siapa yang mau mendengar cerita saya, angkat tangannya..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam. 4. Katakan kepada anak-anak menjelang tidur: “Ayo tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh”, maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Ayo tidur, besok kan sekolah”, akhirnya mereka tidak sholat subuh karena perhatiannya adalah dunia. 5. Nikmati masa kecil anak-anakmu, karena waktu akan berlalu sangat cepat. Kepolosan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, becandalah bersama mereka. Jadilah anak kecil saat bersama mereka, ajarkan mereka dengan cara yang menyenangkan sambil bermain. 6. Tinggalkan HP sesaat kalau bisa, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelpon, katakan: “Maaf saaay, saat ini aku sedang sibuk mendampingi anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya kepribadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak. 7. Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan, baik di dunia maupun di akhirat.

JIKA ANDA DIJEMPUT UTK PULANG KE RAHMATULLAH KETIKA INI, DIMANAKAH ANDA

🌻: ======================================= 1.🌻Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga. 2.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya. 3.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat. 4.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu. 5.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T. 6.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu. 7.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia. 8.🌻 Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat. 9.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim. 10.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua. 11.🌻 Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak. 12.🌻 Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah. Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan; ①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan orang lain tidak membaca. ②. Menyebarkan ke-teman anda yang lain Insya Allah anda mendapat PAHALA. ‘‘...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala...’’ Sebar sebarkan........ #AllahuAkbar

ghadrah : penipu

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Rabu 13 Safar 1437 25 November 2015
 عن ابن مسعودٍ، وابن عمر، وأنس رضي الله عنهم قالوا: قَالَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم: ((لِكُلِّ غادِرٍ لِواءٌ يَوْمَ القِيَامَةِ، يُقَالُ: هذِهِ غَدْرَةُ فلانٍ)). متفق عَلَيْهِ.
 TERJEMAHAN Dari Ibnu Mas'ud, Ibnu 'Umar dan Anas رضي الله عنهم melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Setiap penipu akan mempunyai panji (bendera) pada hari Kiamat, lalu dikatakan: Inilah pengkhianatan yang dilakukan oleh si fulan." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Mengkhianati sesuatu yang diamanahkan adalah haram kerana perbuatan tersebut akan memberikan kemudaratan kepada orang lain, 2. Kata Ibnu Kathir: Hikmah diletakkan panji di pundak (belakang) orang yang khianat adalah walaupun pengkhianatan dilakukan secara sulit kerana kelicikkannya (sehingga tidak diketahui manusia), pada hari kiamat nanti ianya akan pasti terbongkar kepada orang yang pernah dikhianatinya. Ini merupakan satu penghinaan oleh Allah kepada orang yang khianat di tengah khalayak ramai (di padang mahsyar untuk memalukannya).

PANDUAN UNTUK MERAIH SYURGA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Khamis 14 Safar 1437 26 November 2015 🌾 عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح). TERJEMAHAN Dari Abu Umamah Suday bin 'Ajlan Al Bahily رضي الله عنه melaporkan: saya mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkhutbah semasa haji perpisahan dengan sabda Baginda: "Bertaqwalah kepada Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadan, tunaikanlah zakat harta kamu dan patuhlah kepada pimpinan kamu nescaya kamu akan masuk syurga (yang disediakan) Tuhanmu." (Mafhum HR At Tirmidzi) PENGAJARAN 1. Adalah menjadi idaman setiap Muslim untuk meraih syurga di Akhirat nanti, 2. Namun untuk mendapatkan syurga perlulah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah iaitu dimulakan dengan taqwa yang merupakan perkara asas. Kemudian diikuti dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya, 3. Ketaatan kepada pimpinan adalah wajib selagi pemimpin tidak menyuruh kepada perkara yang berlawanan dengan perintah Allah dan RasulNya.

Tunjuk

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Renungan Pagi Sabtu 3 Safar 1437 14 November 2015 👍 عن أَبي عمرو جرير بن عبد الله رضي الله عنه قَالَ: َقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أجْرُهَا، وَأجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدَهُ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيءٌ، وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ)). رواه مسلم. Dari Abu Amr Jarir bin Abdullah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Sesiapa yang menunjukkan di dalam Islam contoh ikutan yang baik, maka baginya (dua bentuk pahala iaitu) pahala atas amalan tersebut dan pahala orang yang mengikutinya selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun pahalanya. (Begitu juga) sesiapa yang menunjukkan dalam Islam contoh ikutan yang buruk, maka baginya (dua bentuk dosa iaitu) dosa melakukan kesalahan itu dan dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurang walau sedikitpun dosanya." (Mafhum HR Muslim) PENGAJARAN 1. Sebelum melakukan sesuatu perkara kita mestilah berfikir panjang sama ada perkara itu mendatangkan pahala atau dosa dan adakah ada sesiapa yg akan mengikut melakukan hal yang sama, 2. Perkara asas agama seperti solat, membaca al Quran, menutup aurat dll hendaklah diajarkan sendiri oleh ibubapa kepada anak-anak agar mereka mendapat pahala berpanjangan. Begitu juga jangan melakukan sebarang perkara yang buruk di hadapan anak-anak supaya mereka tidak mengikutinya, 3. Beruntunglah mereka yang suka memberi nasihat dengan mendapat ganjaran yang besar kerana nasihat mereka itu menjadi ikutan.

makan

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 4 Safar 1437 15 November 2015 🍲 عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((البَرَكَةُ تَنْزِلُ وَسَطَ الطعَامِ؛ فَكُلُوا مِنْ حَافَتَيْهِ، وَلا تَأكُلُوا مِنْ وَسَطِهِ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحيحٌ). TERJEMAHAN Dari Ibnu 'Abbas رضي اللّه عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Keberkatan turun di bahagian tengah makanan. Jesteru makanlah bermula dari bahagian tepinya dan janganlah makan dari bahagian tengahnya." (Mafhum HR At Tirmidzi, katanya hadith hasan sahih) PENGAJARAN 1. Antara adab makan yang ditekankan oleh Syara' adalah mengambil makanan dari bahagian tepi kemudian ke bahagian tengah supaya setiap orang yang makan mendapat keberkatan, 2. Hikmah larangan tidak boleh ambil dari bahagian tengah adalah perbuatan itu adalah buruk kerana boleh menimbulkan perasaan jijik kepada orang lain untuk mengambil makanan tersebut, 3. Kata Al Syafi'e: Jika seseorang memakan di bahagian orang sebelahnya atau ambil dari tengah hidangan maka perbuatannya itu berdosa jika ia mengetahui larangan Nabi صلى الله عليه وسلم, 4. Kata Al San'ani: Apabila bahagian yang berkat (di tengah hidangan) telah diambil maka tidak ada lagi keberkatan yang tinggal bagi hidangan tersebut... والله أعلم

Bala Yang Tidak Disedari!

C&P . . العقاب المحسوس وغير المحسوس BALA yang DISEDARI dan BALA yang TIDAK DISEDARI قال أحد الطلاب لشيخه: "كم نعصي الله ولا يعاقبنا". Seorang pelajar bertanya kepada gurunya " mengapakah apabila kita banyak melakukan MAKSIAT terhadap Allah, tetapi Allah tidak menimpakan BALANya ke atas kita dengan SEGERA?" فرد عليه الشيخ: "كم يعاقبك الله وأنت لا تدري".! Gurunya menjawab "Allah telah menimpakan BALANya, tetapi engkau yang tidak MENYEDARINYA.!". ألم يسلبك حلاوة مناجاته ..!! وما ابتلي أحد بمصيبة أعظم عليه من [قسوة قلبه]. "Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat denganNya dari hatimu...!! Tiada BALA yang lebih BERAT ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit "HATI YANG KERAS". إن أعظم عقاب يمكن أن تلقاه هو قلة التوفيق إلى أعمال الخير . Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan. ألم تمر عليك الأيام دون قراءة للقرآن ؟! Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari? بل ربما تسمع قوله تعالى: {لو أنزلنا هذا القرآن على جبل لرأيته خاشعاً متصدعاً من خشية الله} .. وأنت لا تتأثر كأنك لم تسمعها ..!!! Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya yang berbunyi "kalau Kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur luluh kerana takutkan Allah" Al-Hasyar : 21. Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa...!!! ألم تمر عليك الليالي الطوال وأنت محروم من [القيام] ..؟! Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun [qiyamullail] ? ألم تمر عليك مواسم الخير: رمضان .. ست شوال .. عشر ذي الحجة . ولم تُوفق إلى استغلالها كما ينبغي .. Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti: Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah. Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya..... أي عقاب أكثر من هذا Adakah BALA yang lebih BERAT dan SEGERA dari semua ini? ألا تحس بثقل الطاعات ؟ Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan? ألم يُمسِك لسانك عن ذكره تعالى؟ Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingatiNya? ألا تحس بضعف أمام الهوى والشهوات ؟ Bukankah engkau merasa lemah pabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat? ألم تبتلى بحب المال والجاه والشهرة ؟ Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular? أي عقاب أكثر من ذلك .. Adakah bala yang lebih BERAT dan SEGERA daripada ini semua? ألم تسهل عليك الغيبة والنميمة والكذب؟! Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?! ألم يشغلك الفضول بالتدخل فيما لا يعنيك؟! Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?! ألم يُنسِك الآخرة ويجعل الدنيا أكبر همك؟! Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan? هذا الخذلان ما هو إلا صور من عقاب الله . Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu. إحذر يا بني فإن أهون عقاب لله : " ما كان محسوساً" في المال أو الولد أو الصحة . Berhati-hatilah wahai anakku, kerana BALA yang paling RINGAN yang Allah timpakan: "BALA yang boleh DISEDARI seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan. وأن أعظم عقاب "ما كان غير محسوس"في القلب" . Dan sesungguhnya sebesar-besar bala yang ditimpakan ke atas hamba adalah "BALA yang tidak DISEDARI iaitu "BALA di dalam HATI" فاسأل الله العافية واستغفر لذنبك. Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu. #ARS, 1Safar1437H- 131115.

ߍËATA-KATA LAKNAT AKAN KEMBALI KEPADA TUANNYA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Selasa 5 Safar 1437 17 November 2015 عن أَبي الدرداء رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ العَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا، صَعدَتِ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّماءِ، فَتُغْلَقُ أبْوابُ السَّماءِ دُونَهَا، ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الأرْضِ، فَتُغْلَقُ أبْوابُهَا دُونَها، ثُمَّ تَأخُذُ يَمينًا وَشِمالًا، فَإذا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ، فإنْ كَانَ أَهْلًا لِذلِكَ، وإلاَّ رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا)). رواه أَبُو داود. TERJEMAHAN Dari Abu Darda' رضي اللّه عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Sesungguhnya seorang hamba apabila ia melaknat sesuatu, laknat tersebut akan naik ke langit lalu pintu-pintu langit tertutup. Kemudian laknat itu turun ke bumi lalu pintu-pintu dunia pun tertutup. Kemudian laknat itu bergerak ke kanan dan ke kiri. Seandainya ia tidak mendapat tempat yang sesuai ia akan pergi kepada orang yang dilaknat jika dia layak untuk dilaknat. Kalau tidak layak maka ia kembali kepada orang yang melaknat itu." (Mafhum HR Abu Daud) PENGAJARAN 1. Melaknat adalah melontarkan kata-kata buruk (biasanya akibat sakit hati) kepada pihak lain supaya ditimpa malang, kesusahan dan sebagainya, 2. Perbuatan melaknat adalah berdosa dan perlu dihindari lebih-lebih lagi jika tidak kena pada tempatnya kerana dibimbangi laknat tersebut akan kembali kepada dirinya maka jadilah ia manusia yang jauh daripada rahmat Allah dan kasih sayangnya, 3. Sebaliknya gantikanlah dengan perkataan yang baik-baik supaya menjadi doa terutama kepada anak-anak, keluarga, sahabat handai dan sebagainya.

SESEORANG MENJADI MULIA/ HINA HANYA DENGAN KATA-KATANYA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Rabu 6 Safar 1437 18 November 2015 👄 عنه عن النبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ الله تَعَالَى مَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللهُ بِهَا دَرَجاتٍ، وإنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلَمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ تَعَالَى لا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا في جَهَنَّمَ)). رواه البخاري. TERJEMAHAN Dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Seorang hamba tatkala mengungkapkan perkara yang diredhai Allah yang mana (walaupun) ianya tidak menarik perhatian (manusia lain), Allah akan mengangkat darjatnya. Dan tatkala seorang hamba mengungkapkan perkara yang dimurkai Allah yang mana (walaupun) ianya tidak menarik perhatian (manusia lain), Allah akan menghumbannya ke dalam neraka Jahannam". (Mafhum HR Al Bukhari) PENGAJARAN 1. Kemuliaan seseorang tidaklah bergantung setakat mana ia komited dalam melakukan ketaatan seperti solat, zakat, sedekah dll. Begitu juga bukan sekadar meninggalkan maksiat seperti zina, mencuri, minum arak, berjudi dan sebagainya, 2. Tetapi ia juga perlu mengambil berat tentang apa yang dituturkannya kerana dosa yang disebabkan oleh lidah boleh membawa kepada kebinasaan, 3. Jesteru perbuatan mengumpat, menabur fitnah, berdusta, memaki hamun, mengutuk dan sebagainya mestilah dihindarkan walaupun mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak supaya hidup kita selamat di dunia dan di akhirat.

WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN KECUALI...

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Khamis 7 Safar 1437 19 November 2015 🌻 عن ابن عمر رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((عَلَى المَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وكَرِهَ، إلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيةٍ، فَإنْ أُمِرَ بِمَعْصِيةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ)). متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari Ibnu 'Umar رضي اللّه عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "(Wajib) atas individu Muslim untuk dengar dan patuh (kepada pemimpin) dalam keadaan dia suka atau benci melainkan kalau dia diperintahkan untuk membuat maksiat. Maka jika dia diarahkan untuk berbuat maksiat maka tidak perlu untuk dengar dan patuh." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Tugas pemerintah adalah memastikan kebajikan rakyat di bawah tanggungjawabnya terbela dan memastikan tidak berlaku kemudaratan kepada mereka, 2. Oleh itu menjadi kewajipan bagi setiap individu untuk mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah walaupun tidak disukainya, 3. Namun kewajipan untuk taat dikecualikan jika pemerintah menetapkan sesuatu yang berbentuk maksiat kerana ianya melawan perintah Allah Ta'ala.

ߒ擅ELOKNYA MANDI SEBELUM SOLAT JUMAAT

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Jumaat 8 Safar 1437 20 November 2015 عن سَمُرَةَ رضي الله عنه قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ تَوَضَّأَ يَوْمَ الجُمُعَةِ فبِها وَنِعْمَتْ، وَمَن اغْتَسَلَ فَالغُسْلُ أفْضَلُ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ). TERJEMAHAN Dari Samurah رضي اللّه عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang berwudhuk untuk (keluar) solat Jumaat maka itu baik. Dan barangsiapa yang mandi maka mandi adalah lebih bagus." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi) PENGAJARAN
 1. Antara tuntutan sebelum keluar untuk solat Jumaat adalah mandi terlebih dahulu dan hukumnya tidaklah wajib (sunat) mengikut pendapat majoriti Fuqaha',
2. Walaupun wudhuk adalah memadai, namun tuntutan untuk mandi lebih dititikberatkan bagi mereka yang berpeluh atau bau badannya tidak menyenangkan.

3 DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Sabtu 9 Safar 1437 21 November 2015 💥 ALLAH عن أبي موسى الأشعري مرفوعاً، ونصه قال صلى الله عليه وسلم: "ثلاثة يدعون الله، فلا يستجاب لهم: رجل كانت له امرأة سيئة الخلق فلم يطلقها، ورجل كان له على رجلٍ مال فلم يشهد عليه، ورجل أعطى سفيهاً ماله، وقد قال عزّ وجل: (وَلا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ) [النساء:5]. (رواه الحاكم في المستدرك) TERJEMAHAN Dari Abu Musa Al Asy'ari رضي اللّه عنه, sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Tiga golongan yang berdoa kepada Allah tetapi Allah tidak memperkenankan doa mereka iaitu: Seorang suami yang mempunyai isteri yang berakhlak buruk tetapi tidak menceraikannya, seorang lelaki yang memberi hutang kepada orang lain tetapi tidak menyediakan bukti (catatan terhadap hutang) dan seorang lelaki yang menyerahkan harta kepada orang yang lemah akal sedangkan Allah telah berfirman dalam surah an Nisa': ayat 5 (yang bermaksud): Janganlah kamu memberikan harta kamu kepada orang yang lemah fikirannya..." (Mafhum HR Al Hakim dalam Mustadrak) PENGAJARAN 1. Doa seorang suami untuk menyelesaikan krisis rumahtangga tidak akan dimakbulkan dek kerana keenggannya melepaskan isterinua yang berperangai buruk, 2. Doa seorang pemberi hutang supaya hutangnya dikembalikan tidak dimaqbulkan kerana kecuaiannya yang tidak mendokumenkan hutang tersebut, 3. Begitu juga doa seorang yang minta hartanya dikembalikan tidak dimaqbulkan kerana kesilapannya menyerahkan hartanya kepada orang yang tidak layak (kerana lemah fikiran, tidak amanah dll), 4. Doa-doa oleh individu di atas tidak diperkenankan oleh Allah kerana masalah yang berlaku adalah atas kecuaian mereka sendiri.

TUNTUTAN MENGGOSOK GIGI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 10 Safar 1437 22 November 2015 👄 عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لَوْلا أنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي- أَوْ عَلَى النَّاسِ- لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ)). متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه, bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Jika tidak menjadi suatu yang berat kepada umatKu atau kepada manusia, nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk bersugi (menggosok gigi) setiap kali semasa hendak solat." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Ulama' bersepakat (ijma') bahawa bersugi (menggosok gigi) adalah sunat hukumnya setiap masa lebih-lebih lagi ketika hendak solat, berwudhuk, membaca Al Quran, bangun daripada tidur dan berubah bau mulut (disebabkan memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak elok), 2. Sunat bersugi juga meliputi orang yang sedang berpuasa bahkan dibenarkan bersugi sebelum mengangkat takbir (untuk mengerjakan solat) jika keadaan mengizinkan, 3. Islam adalah agama yang menitikberatkan kebersihan supaya diri kita sentiasa sihat dan tidak mengganggu keselesaan orang lain (seperti disebabkan mulut yang berbau). Bahkan Nabi juga ada menyebutkan bahawa: "Bersugi itu dapat membersihkan mulut dan mengundang redha Allah."

PAHALA BERGANDA WALAUPUN TERSANGKUT DALAM MEMBACA AL QURAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Isnin 11 Safar 1437 23 November 2015 💪 عن عائشة رضي الله عنها قالت: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ)). متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari A'isyah رضي اللّه عنها melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Pembaca Al Quran yang mahir dalam bacaannya ditempatkan bersama malaikat yang mulia lagi taat. Dan pembaca Al Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut dalam bacaannya kerana kepayahan (tidak mahir) baginya dua pahala." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Orang yang mahir dalam bacaan Al Quran serta menghayati dan mengamalkan isi kandungannya, mendapat kedudukan yang mulia di Akhirat kelak, 2. Orang yang tersangkut-sangkut dalam bacaan Al Quran dan sanggup bersusah payah untuk memperelokkan bacaannya mendapat dua kali ganjaran iaitu pahala membaca Al Quran dan pahala atas kesungguhannya itu, 3. Maka sewajarnya setiap orang jangan berputus asa dalam memperelokkan bacaan Al Quran kerana apabila mereka mahir nanti, mereka akan mendapat kedudukan yang sangat mulia iaitu setaraf dengan para malaikat di sisi Allah Ta'ala.

SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG إ

ذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه “Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendakla dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun solat tahajjud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda: ذاك الرجل بال الشيطان فيأذنيه “Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” Hadis sahih Bukhari dan Muslim SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل “Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” Hadis sahih Muslim SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP Nabi saw bersabda: ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك “Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.” Hadis riwayat Ahmad. Q Qq

TINGGINYA KEDUDUKAN ORANG YANG MENGAJAR KEBAIKAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Selasa 12 Safar 1437 24 November 2015 ✨ عن أَبي أُمَامَة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أدْنَاكُمْ)). ثُمَّ قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأهْلَ السَّماوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ في جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِي النَّاسِ الخَيْرَ)). رواه الترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ). TERJEMAHAN Dari Abu Umamah رضي الله عنه, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Kelebihan seorang yang berilmu ke atas seorang hamba adalah seumpama kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di kalangan kamu semua. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya Allah, para malaikatNya, penghuni langit dan penghuni bumi hatta semut di dalam lubangnya dan ikan di lautan pasti berselawat (mendoakan rahmat) kepada orang yang mengajar kebaikan kepada manusia." (Mafhum HR At Tirmidzi, katanya hadith hasan) PENGAJARAN 1. Setiap Muslim perlu berusaha untuk mencari ilmu kerana kedudukan orang berilmu adalah tinggi di dalam Islam apatah lagi jika diniatkan untuk membimbing orang lain seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat, 2. Kita perlu memberi perhatian terhadap tunjuk ajar yang diberikan oleh para ulama' kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan daripada nasihat yang diberikan kecuali untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah. Bahkan kedudukan mereka adalah seumpama para Nabi yang mengajak manusia ke arah kebaikan.

Fikirkanla.1

Assalamualaik..ustazah Betul ke kalau kita buat yang nabi s.a.w tak b uat (dlm ibadah )amalan kita akan jd sia2..maksudnya tak dapat apa2.. Malah boleh jadi sesat.. Contoh.. *Baca yasin beramai2..pd malam jumaat atau dlm majlis tahlil. *buat majlis tahlil yg ada jamuan (disediakan oleh keluarga si mati. Dan ada lg lah..amalan yg nampak baik tapi bukan dari ajaran nabi s.a.w.. Saya musykil tentang hal ni... 🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦🔦 وعليكم السلام Tidak. Setiap amalan yang dibuat itu ada mempunyai sumber dalil tersendiri. Amalan yang nabi SAW dikenali sbg sunnah. Amalan yang nabi SAW x buat dikenali sbg bidaah. Bidaah terbahagi dua iaitu dholalah (sesat) & hasanah (baik). Bidaah dholalah menyalahi syariat. Bidaah hasanah menepati syariat. Oleh itu, kita perlu lihat amalan ini berada dlm kategori yg mana satu. 1⃣ Bacaan yasin berjemaah malam jumaat. Bidaah hasanah. 2⃣ Majlis tahlil. Bidaah hasanah jika betul caranya. Bidaah dholalah jika salah caranya. Amalan spt ini ada sandaran dalil oleh para ulama'. @arrahnu

Ulasan ambo secara ringkas ...... ttg tahlilan

Z 1. Boleh buat dgn syarat ..... a. Tidak melibatkan harta anak yatim spt dlm Fiqh Manhaji b. Tidak menetapkan hari krn hak menetapkan ibadah dr segi masa dan tampat hanya hak Allah Taala jua c. Makruh jk keluarga si mati yg menyediakan makanan kpd penziarah2 d. Jgn mewajibkan akan tahlilan ini e. Jgn berbangga dgnnya f. Jgn hingga mengabaikan yg fardhu, membuka aurat dll g. Adik beradik blh buat dgn persetujuan bersama dgn masing2 sumbangkan wang dan jgn berbalah ttgnyz Zaman Alhir2 Ini a. Elok buat di masjid secara sukarela oleh Imam dan jemaah tanpa harapkan balasan b. Tarik famili simati dtg ke masjid, beri tazkirah sblum tahlil .... trgkan cara2 yg lbh baik bgmana utk menolong jenazah di sana c. Kini ramai yg pergi majlis tahlilan hnya nak makan dan masjid tak gi, dan mrk sampai lbh awal dr Imam