ߌ釁NJARAN TIDAK MELEPASKAN KEMARAHAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Sabtu 16 Safar 1437 28 November 2015 عن معاذِ بنِ أَنسٍ رضي الله عنه أنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: ((مَنْ كَظَمَ غَيظًا، وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أنْ يُنْفِذَهُ، دَعَاهُ اللهُ سُبحَانَهُ وَتَعَالى عَلَى رُؤُوسِ الخَلائِقِ يَومَ القِيامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ مِنَ الحُورِ العِينِ مَا شَاءَ)). رواه أَبو داود والترمذي، وَقالَ: (حديث حسن). TERJEMAHAN Dari Mu'az bin Anas رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang menahan kemarahan sedangkan dia berupaya untuk melepaskan kemarahannya itu nanti di hari Kiamat dia akan dipanggil di khalayak makhluk sehingga diberi (kelebihan) untuk memilih mana-mana bidadari yang disukainya." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi, katanya hadith hasan) PENGAJARAN 1. Adalah menjadi lumrah kehidupan setiap orang biasa menghadapi situasi yang boleh menimbulkan kemarahannya, 2. Syara' menggalakkan umatnya agar dapat menahan diri daripada melepaskan kemarahan bahkan memuji tindakan tersebut. Contoh dalam surah Ali Imran, ayat 134 (yang bermaksud): "...Dan orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah amat mengasihi orang yang berbuat baik." 3. Ganjaran istimewa menanti bagi golongan ini kerana dia menahan marah kerana mengharapkan redha Allah bukannya kerana takut terhadap sesama manusia (bacul).