BERSEDERHANA DALAM KHUTBAH DAN SOLAT

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Jumaat 2 Safar 1437 13 November 2015 🌻 عن أَبي عبد الله جابر بن سمرة رضي الله عنهما، قَالَ: كُنْتُ أصَلِّي مَعَ النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم الصَّلَوَاتِ، فَكَانتْ صَلاتُهُ قَصْدًا وَخُطْبَتُهُ قَصْدًا. رواه مسلم. TERJEMAHAN Dari Abu Abdullah Jabir bin Samurah رضي اللّه عنهما melaporkan: "Aku pernah solat bersama Nabi صلى الله عليه وسلم maka (aku dapati) solatnya sederhana dan khutbahnya juga sederhana." (Mafhum HR Muslim) PENGAJARAN 1. Maksud sederhana adalah tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu ringkas dalam menyampaikan khutbah dan mendirikan solat, 2. Seorang khatib/imam perlu bijak dalam menyampaikan pesanan/nasihat melalui khutbahnya supaya dapat difahami dan diterima dengan berkesan. Antaranya dengan tidak memanjangkan khutbah hingga meleret-leret dan membosankan atau terlalu ringkas hingga tidak sampai maksud.