SESEORANG MENJADI MULIA/ HINA HANYA DENGAN KATA-KATANYA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Rabu 6 Safar 1437 18 November 2015 👄 عنه عن النبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ الله تَعَالَى مَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللهُ بِهَا دَرَجاتٍ، وإنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلَمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ تَعَالَى لا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا في جَهَنَّمَ)). رواه البخاري. TERJEMAHAN Dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Seorang hamba tatkala mengungkapkan perkara yang diredhai Allah yang mana (walaupun) ianya tidak menarik perhatian (manusia lain), Allah akan mengangkat darjatnya. Dan tatkala seorang hamba mengungkapkan perkara yang dimurkai Allah yang mana (walaupun) ianya tidak menarik perhatian (manusia lain), Allah akan menghumbannya ke dalam neraka Jahannam". (Mafhum HR Al Bukhari) PENGAJARAN 1. Kemuliaan seseorang tidaklah bergantung setakat mana ia komited dalam melakukan ketaatan seperti solat, zakat, sedekah dll. Begitu juga bukan sekadar meninggalkan maksiat seperti zina, mencuri, minum arak, berjudi dan sebagainya, 2. Tetapi ia juga perlu mengambil berat tentang apa yang dituturkannya kerana dosa yang disebabkan oleh lidah boleh membawa kepada kebinasaan, 3. Jesteru perbuatan mengumpat, menabur fitnah, berdusta, memaki hamun, mengutuk dan sebagainya mestilah dihindarkan walaupun mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak supaya hidup kita selamat di dunia dan di akhirat.