TANGAN YANG DI ATAS LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG DI BAWAH
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Jumaat
15 Safar 1437
27 November 2015
عن أَبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((اليَدُ العُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اليَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأ بِمَنْ تَعُولُ، وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنىً، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ)). رواه البخاري.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tangan yang (memberi) di atas adalah lebih baik daripada tangan yang (meminta) di bawah. Dan mulakanlah infaq dengan nafkah mereka yang di bawah tanggungan. Sebaik-baik sedekah adalah yang datang daripada lebihan harta. Barangsiapa yang menahan diri (daripada meminta-minta) Allah akan menjaga maruahnya dan barangsiapa yang meminta Allah mencukupkan rezekinya maka Allah akan mencukupkannya." (Mafhum HR Al Bukhari)
PENGAJARAN
1. Islam menggalakkan sifat dermawan kerana ianya merupakan bukti keprihatinan terhadap kesusahan orang lain,
2. Seseorang perlu memastikan nafkah yang wajib untuk diri dan keluarga mencukupi sebelum bersedekah kepada orang lain,
3. Para hartawan perlu memainkan peranan dalam mengatasi isu kemiskinan dalam masyarakat dengan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan,
4. Sikap menahan diri daripada meminta-minta adalah terpuji untuk menjaga maruah diri. Disamping itu perlu banyak bergantung kepada Allah dalam berusaha mencari rezeki kurniaanNya