makan

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 4 Safar 1437 15 November 2015 🍲 عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((البَرَكَةُ تَنْزِلُ وَسَطَ الطعَامِ؛ فَكُلُوا مِنْ حَافَتَيْهِ، وَلا تَأكُلُوا مِنْ وَسَطِهِ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحيحٌ). TERJEMAHAN Dari Ibnu 'Abbas رضي اللّه عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Keberkatan turun di bahagian tengah makanan. Jesteru makanlah bermula dari bahagian tepinya dan janganlah makan dari bahagian tengahnya." (Mafhum HR At Tirmidzi, katanya hadith hasan sahih) PENGAJARAN 1. Antara adab makan yang ditekankan oleh Syara' adalah mengambil makanan dari bahagian tepi kemudian ke bahagian tengah supaya setiap orang yang makan mendapat keberkatan, 2. Hikmah larangan tidak boleh ambil dari bahagian tengah adalah perbuatan itu adalah buruk kerana boleh menimbulkan perasaan jijik kepada orang lain untuk mengambil makanan tersebut, 3. Kata Al Syafi'e: Jika seseorang memakan di bahagian orang sebelahnya atau ambil dari tengah hidangan maka perbuatannya itu berdosa jika ia mengetahui larangan Nabi صلى الله عليه وسلم, 4. Kata Al San'ani: Apabila bahagian yang berkat (di tengah hidangan) telah diambil maka tidak ada lagi keberkatan yang tinggal bagi hidangan tersebut... والله أعلم