Tunjuk
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Renungan Pagi Sabtu
3 Safar 1437
14 November 2015
👍
عن أَبي عمرو جرير بن عبد الله رضي الله عنه قَالَ: َقَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ سَنَّ في الإسلامِ سنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أجْرُهَا، وَأجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدَهُ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيءٌ، وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا، وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ)). رواه مسلم.
Dari Abu Amr Jarir bin Abdullah رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Sesiapa yang menunjukkan di dalam Islam contoh ikutan yang baik, maka baginya (dua bentuk pahala iaitu) pahala atas amalan tersebut dan pahala orang yang mengikutinya selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun pahalanya. (Begitu juga) sesiapa yang menunjukkan dalam Islam contoh ikutan yang buruk, maka baginya (dua bentuk dosa iaitu) dosa melakukan kesalahan itu dan dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurang walau sedikitpun dosanya." (Mafhum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Sebelum melakukan sesuatu perkara kita mestilah berfikir panjang sama ada perkara itu mendatangkan pahala atau dosa dan adakah ada sesiapa yg akan mengikut melakukan hal yang sama,
2. Perkara asas agama seperti solat, membaca al Quran, menutup aurat dll hendaklah diajarkan sendiri oleh ibubapa kepada anak-anak agar mereka mendapat pahala berpanjangan. Begitu juga jangan melakukan sebarang perkara yang buruk di hadapan anak-anak supaya mereka tidak mengikutinya,
3. Beruntunglah mereka yang suka memberi nasihat dengan mendapat ganjaran yang besar kerana nasihat mereka itu menjadi ikutan.