PANDUAN UNTUK MERAIH SYURGA
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Khamis
14 Safar 1437
26 November 2015
🌾
عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح).
TERJEMAHAN
Dari Abu Umamah Suday bin 'Ajlan Al Bahily رضي الله عنه melaporkan: saya mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkhutbah semasa haji perpisahan dengan sabda Baginda: "Bertaqwalah kepada Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadan, tunaikanlah zakat harta kamu dan patuhlah kepada pimpinan kamu nescaya kamu akan masuk syurga (yang disediakan) Tuhanmu." (Mafhum HR At Tirmidzi)
PENGAJARAN
1. Adalah menjadi idaman setiap Muslim untuk meraih syurga di Akhirat nanti,
2. Namun untuk mendapatkan syurga perlulah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah iaitu dimulakan dengan taqwa yang merupakan perkara asas. Kemudian diikuti dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya,
3. Ketaatan kepada pimpinan adalah wajib selagi pemimpin tidak menyuruh kepada perkara yang berlawanan dengan perintah Allah dan RasulNya.