PAHALA BERGANDA WALAUPUN TERSANGKUT DALAM MEMBACA AL QURAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Isnin 11 Safar 1437 23 November 2015 💪 عن عائشة رضي الله عنها قالت: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ)). متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari A'isyah رضي اللّه عنها melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Pembaca Al Quran yang mahir dalam bacaannya ditempatkan bersama malaikat yang mulia lagi taat. Dan pembaca Al Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut dalam bacaannya kerana kepayahan (tidak mahir) baginya dua pahala." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Orang yang mahir dalam bacaan Al Quran serta menghayati dan mengamalkan isi kandungannya, mendapat kedudukan yang mulia di Akhirat kelak, 2. Orang yang tersangkut-sangkut dalam bacaan Al Quran dan sanggup bersusah payah untuk memperelokkan bacaannya mendapat dua kali ganjaran iaitu pahala membaca Al Quran dan pahala atas kesungguhannya itu, 3. Maka sewajarnya setiap orang jangan berputus asa dalam memperelokkan bacaan Al Quran kerana apabila mereka mahir nanti, mereka akan mendapat kedudukan yang sangat mulia iaitu setaraf dengan para malaikat di sisi Allah Ta'ala.