WAJIB TAAT KEPADA PEMIMPIN KECUALI...
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Khamis
7 Safar 1437
19 November 2015
🌻
عن ابن عمر رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((عَلَى المَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وكَرِهَ، إلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيةٍ، فَإنْ أُمِرَ بِمَعْصِيةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu 'Umar رضي اللّه عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "(Wajib) atas individu Muslim untuk dengar dan patuh (kepada pemimpin) dalam keadaan dia suka atau benci melainkan kalau dia diperintahkan untuk membuat maksiat. Maka jika dia diarahkan untuk berbuat maksiat maka tidak perlu untuk dengar dan patuh." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
PENGAJARAN
1. Tugas pemerintah adalah memastikan kebajikan rakyat di bawah tanggungjawabnya terbela dan memastikan tidak berlaku kemudaratan kepada mereka,
2. Oleh itu menjadi kewajipan bagi setiap individu untuk mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah walaupun tidak disukainya,
3. Namun kewajipan untuk taat dikecualikan jika pemerintah menetapkan sesuatu yang berbentuk maksiat kerana ianya melawan perintah Allah Ta'ala.