TUNTUTAN MENGGOSOK GIGI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 10 Safar 1437 22 November 2015 👄 عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لَوْلا أنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي- أَوْ عَلَى النَّاسِ- لأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ صَلاَةٍ)). متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari Abu Hurairah رضي اللّه عنه, bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Jika tidak menjadi suatu yang berat kepada umatKu atau kepada manusia, nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk bersugi (menggosok gigi) setiap kali semasa hendak solat." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Ulama' bersepakat (ijma') bahawa bersugi (menggosok gigi) adalah sunat hukumnya setiap masa lebih-lebih lagi ketika hendak solat, berwudhuk, membaca Al Quran, bangun daripada tidur dan berubah bau mulut (disebabkan memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak elok), 2. Sunat bersugi juga meliputi orang yang sedang berpuasa bahkan dibenarkan bersugi sebelum mengangkat takbir (untuk mengerjakan solat) jika keadaan mengizinkan, 3. Islam adalah agama yang menitikberatkan kebersihan supaya diri kita sentiasa sihat dan tidak mengganggu keselesaan orang lain (seperti disebabkan mulut yang berbau). Bahkan Nabi juga ada menyebutkan bahawa: "Bersugi itu dapat membersihkan mulut dan mengundang redha Allah."