JANGAN GUNA BEKAS YANG DIBUAT DARIPADA EMAS DAN PERAK UNTUK MAKAN/MINUM

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 17 Safar 1437 29 November 2015 ☕🍲 عن أُمِّ سلمة رضي الله عنها: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الَّذِي يَشْرَبُ في آنِيَةِ الفِضَّةِ، إنَّمَا يُجَرْجِرُ في بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ)). متفقٌ عَلَيْهِ. وفي رواية لمسلم: ((إنَّ الَّذِي يَأكُلُ أَوْ يَشْرَبُ في آنِيَةِ الفِضَّةِ وَالذَّهَبِ)). وفي رواية لَهُ: ((مَنْ شَرِبَ في إناءٍ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ فِضَّةٍ، فَإنَّمَا يُجَرْجِرُ في بَطْنِهِ نَارًا مِنْ جَهَنَّم)). TERJEMAHAN Dari Ummu Salamah رضي الله عنها, bahawasanya Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: "Orang yang minum di dalam bekas yang dibuat daripada perak sesungguhnya dia menuangkan ke dalam perutnya dengan api neraka jahanam. (Mafhum HR Muttafaq 'alaih). Dalam riwayat Imam Muslim Nabi bersabda: "Sesungguhnya orang yang makan atau minum dalam bekas emas dan perak." Dalam riwayat baginya Nabi bersabda: "Barangsiapa yang minum dalam bekas yang dibuat daripada emas atau perak, maka sesungguhnya dia menuang ke dalam perutnya api dari neraka jahanam." PENGAJARAN 1. Ulama' bersepakat bahawa menggunakan peralatan yang diperbuat daripada emas dan perak seperti pinggan, mangkuk, gelas, sudu, garfu, piring dan sebagainya untuk makan dan minum adalah haram, 2. Hadith ini merupakan peringatan keras supaya kita tidak menjadikan harta seperti emas dan perak untuk berpoya-poya dan menunjuk-nunjuk, 3. Sebaliknya segala nikmat kurniaan Allah perlulah digunakan untuk tujuan kebaikan seperti membantu orang susah, membaiki jalan yang rosak, menta'mirkan masjid dan madrasah, menolong orang yang berjihad fisabilillah, mencukupkan belanja orang yang ingin berkahwin, menampung orang yang membayar hutang dan sebagainya.