TINGGINYA KEDUDUKAN ORANG YANG MENGAJAR KEBAIKAN
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Selasa
12 Safar 1437
24 November 2015
✨
عن أَبي أُمَامَة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أدْنَاكُمْ)).
ثُمَّ قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ وَأهْلَ السَّماوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ في جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِي النَّاسِ الخَيْرَ)). رواه الترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ).
TERJEMAHAN
Dari Abu Umamah رضي الله عنه, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Kelebihan seorang yang berilmu ke atas seorang hamba adalah seumpama kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di kalangan kamu semua. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya Allah, para malaikatNya, penghuni langit dan penghuni bumi hatta semut di dalam lubangnya dan ikan di lautan pasti berselawat (mendoakan rahmat) kepada orang yang mengajar kebaikan kepada manusia." (Mafhum HR At Tirmidzi, katanya hadith hasan)
PENGAJARAN
1. Setiap Muslim perlu berusaha untuk mencari ilmu kerana kedudukan orang berilmu adalah tinggi di dalam Islam apatah lagi jika diniatkan untuk membimbing orang lain seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat,
2. Kita perlu memberi perhatian terhadap tunjuk ajar yang diberikan oleh para ulama' kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan daripada nasihat yang diberikan kecuali untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah. Bahkan kedudukan mereka adalah seumpama para Nabi yang mengajak manusia ke arah kebaikan.