musafir
✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
assalamu alaikum ustazah.
🅰nak bertanya sedikit tentang bermusafir / solat jamak.
1. seseorang wanita tidak dibenarkan bermusafir tanpa mahram.
🅰Bagaimana pula...
☎️a. contoh.. dari JB ke KL - dan abangnya sekeluarga tinggal diKuala LUmpur.. boleh tak dia pergi?
☎️b. sekiranya boleh, mestikah dia menginap dirumah abangnya atau dia boleh menginap di hotel?
☎️c. sekiranya dia seorang ibu tunggal dan terpaksa bermusafir demi tugas?
☎️d. bagaimana pula dengan solat .. boleh tak dia bersolat jamak & qasar?
Terima kasih.
Jawapan
Waalaikumsalam
✅ Hukum asal Islam
➡️melarang wanita bermusafir tanpa mahram..,tetapi menurut mazhab Syafie..
👉hukum tersebut boleh berubah menjadi harus mengikut adat dan uruf sesuatu tempat..
➡️ Maka Harus bagi wanita bermusafir tanpa mahram dgn syarat...
👉 Mendapat keizinan drpd wali atau suaminya
👉 pekerjaan yg dilakukan diharuskan olh syarak
👉 hendaklah menjaga adab dan peraturan yg ditetapkan olh syarak
👉 pekerjaan tersebut tidak menyebabkan dia mengabaikn tanggungjwb terhadap suami dan anak2
👉 tidak bertentangan dgn fitrah wanita
👉 tidak berlaku pergaulan bebas
➡️Jika dia hendak menziarahi keluarga ..
👉maka ia harus jika dibenarkan olh suami atau walinya .
➡️ Dia juga bebas memilih tempat penginapan semasa dia bermusafir .
👉Asalkan dia menjaga adab dan peraturan syarak.
➡️ seorang ibu tunggal yg terpaksa bermusafir demi tugas.,
👉 adalah diharuskan kerana termasuk dalam uzur syarie
➡️ Jika dia mematuhi semua syarat2 di atas ..
👉maka dia diharuskan solat jamak dan qasar.
USRH SOLAT DAN QA AGAMA
📝by: @Asmahan_Hurzaid
📮by: azyan