السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Rabu
13 Safar 1437
25 November 2015
عن ابن مسعودٍ، وابن عمر، وأنس رضي الله عنهم قالوا: قَالَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم: ((لِكُلِّ غادِرٍ لِواءٌ يَوْمَ القِيَامَةِ، يُقَالُ: هذِهِ غَدْرَةُ فلانٍ)). متفق عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu Mas'ud, Ibnu 'Umar dan Anas رضي الله عنهم melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Setiap penipu akan mempunyai panji (bendera) pada hari Kiamat, lalu dikatakan: Inilah pengkhianatan yang dilakukan oleh si fulan." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
PENGAJARAN
1. Mengkhianati sesuatu yang diamanahkan adalah haram kerana perbuatan tersebut akan memberikan kemudaratan kepada orang lain,
2. Kata Ibnu Kathir: Hikmah diletakkan panji di pundak (belakang) orang yang khianat adalah walaupun pengkhianatan dilakukan secara sulit kerana kelicikkannya (sehingga tidak diketahui manusia), pada hari kiamat nanti ianya akan pasti terbongkar kepada orang yang pernah dikhianatinya. Ini merupakan satu penghinaan oleh Allah kepada orang yang khianat di tengah khalayak ramai (di padang mahsyar untuk memalukannya).