السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Jumaat
13 Rabiulawal 1437
25 Disember 2015
عن أوس بن أوس رضي الله عنه قال: قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ مِنْ أفْضَلِ أيَّامِكُمْ يَومَ الجُمُعَةِ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِيهِ، فَإنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ)). فَقَالُوا: يَا رسول الله، وَكَيفَ تُعْرَضُ صَلاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرَمْتَ؟! قَالَ: يقولُ بَلِيتَ. قَالَ: ((إنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الأرْضِ أَجْسَادَ الأَنْبِيَاءِ)). رواه أَبُو داود بإسنادٍ صحيح.
TERJEMAHAN
Dari Aus bin Aus رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang terbaik adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah berselawat pada hari tersebut kerana selawatmu itu dibentangkan kepadaKu." Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah selawat kami boleh sampai kepada tuan sedangkan (jasad) tuan telah (hancur) menjadi tanah (setelah wafat)? Maka Nabi menjawab: "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi untuk memakan jasad-jasad para Nabi (yang bersemadi di dalam tanah)." (Mafhum HR Abu Daud)
PENGAJARAN
1. Disunatkan untuk memperbanyakkan selawat Nabi pada hari Jumaat kerana mempunyai kelebihan yang istimewa (diterima secara langsung oleh Nabi صلى الله عليه وسلم),
2. Hadith ini menjadi bukti terdapat golongan tertentu yang dimuliakan Allah yang mana jasad mereka tidak hancur dimakan tanah apabila meninggal dunia. Antaranya jasad para Nabi dan Rasul عليهم الصلاة والسلام.