السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Rabu
18 Rabiulawal 1437
30 Disember 2015
عن ابن مسعودٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لا يَدْخُلُ الجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ!)) فَقَالَ رَجُلٌ: إنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا، وَنَعْلُهُ حَسَنةً، فَقَالَ: ((إنَّ اللهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الجَمَالَ، الكِبْرُ: بَطَرُ الحَقِّ، وَغَمْطُ النَّاسِ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak akan masuk syurga siapa yang di dalam hatinya walau sebesar zarah ada perasaan sombong!" Maka seorang lelaki bertanya: Bagaimana kalau seorang lelaki yang suka berpakaian dan selipar yang bagus-bagus (adakah dikira sebagai orang yang sombong)? Maka jawab Nabi صلى الله عليه وسلم: "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan. (Hakikat) sombong adalah menolak kebenaran dan menghina manusia." (Mafhum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Perasaan sombong ada sifat terkeji yang dibenci oleh Syara'. Ia adalah penyakit hati yang timbul kerana merasakan diri sendiri lebih hebat berbanding orang lain,
2. Kata Ulama': Sombong yang melibatkan seseorang enggan menerima keimanan sepertimana keangkuhan iblis, firaun, abu lahab dan sebagainya menyebabkan mereka kekal di dalam neraka. Sedangkan jika seorang Muslim ada sifat sombong, dia akan terdedah kepada balasan buruk di akhirat seperti dimasukkan ke dalam neraka. Namun mereka tidak kekal di dalamnya kerana masih ada iman di hati,
3. Tidaklah menjadi kesalahan untuk seseorang berpakaian yang indah, mempunyai harta seperti rumah dan kenderaan yang mewah dan sebagainya asalkan mereka tidak menolak kebenaran dan tidak memperlekehkan orang lain di atas kesusahan yang mereka alami. Bahkan memperelokkan penampilan diri adalah suatu digalakkan.