SETIAP SELAWAT SAMPAI KEPADA NABI WALAU DI MANA BERADA

عن أبي هريرة رضي الله عنه: قال: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا، وَصَلُّوا عَلَيَّ، فَإنَّ صَلاَتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ)). رواه أَبُو داود بإسنادٍ صحيح.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Jangan jadikan kuburku (maqam jasad Nabi bersemadi) sebagai tempat perayaan. Dan berselawatlah kepadaKu nescaya selawat kamu akan sampai kepadaKu walau di mana berada." (Mafhum HR Abu Daud)

PENGAJARAN
1. Nabi صلى الله عليه وسلم melarang umatnya daripada menjadikan maqam Baginda sebagai tempat yang dikhaskan untuk pesta ibadah seperti solat, zikir, doa, selawat dan sebagainya kerana amalan tersebut adalah sebahagian daripada amalan jahiliah,
2. Sebaliknya Nabi menegaskan bahawa segala ibadah termasuk selawat kepada Baginda akan sampai kepadanya walau di mana berada,
3. Dalam hadith riwayat Al Bukhari dan Muslim Nabi turut mensyorkan agar sebahagian solat (solat sunat) hendaklah didirikan di rumah agar rumah tidak menjadi seperti kubur yang sunyi sepi daripada ibadah.

/saw