KELONGGARAN UNTUK MEMAKAI SUTERA BAGI LELAKI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Rabu 20 Safar 1437 2 Disember 2015 👔 عن أنسٍ رضي الله عنه قال: رَخَّصَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم لِلزُّبَيْرِ وعَبْدِ الرَّحْمن ابن عَوْفٍ رضي الله عنهما في لُبْس الحَريرِ لِحَكَّةٍ بِهِما. متفقٌ عَلَيْهِ. TERJEMAHAN Dari Anas رضي الله عنه melaporkan: Nabi صلى الله عليه وسلم telah memberi kelonggaran kepada Zubayr dan Abdul Rahman bin 'Auf رضي الله عنهما untuk memakai pakaian sutera kerana (penyakit) gatal yang mereka hadapi. (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Ada dua perkara yang diharamkan bagi orang lelaki Islam memakainya iaitu sutera dan emas, 2. Walau bagaimanapun mereka dibenarkan untuk memakainya dalam keadaan darurat (terdesak) seperti mempunyai masalah kulit gatal dan sebagainya. Bahkan sutera pernah digunakan sebagai "baju kebal" bagi menggantikan baju besi oleh tentera Tartar yang membolehkan mereka berperang dengan lincah dan tangkas, 3. Menurut kebanyakkan ulama' sutera tiruan adalah dibenarkan untuk lelaki namun tidak digalakkan kerana sutera yang sifatnya lembut adalah lebih sesuai untuk kaum hawa... والله أعلم