BETAPA DEKATNYA SYURGA DAN NERAKA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Khamis
5 Rabiulawal 1437
17 Disember 2015


عن ابن مسعود رضي الله عنه قَالَ: قَالَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم: ((الجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ، وَالنَّارُ مِثلُ ذلِكَ)). رواه البخاري.

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Syurga itu sangat hampir kepada seseorang kamu lebih hampir dari tali selipar (yang dipakainya). Dan neraka pun seumpama itu juga." (Mafhum HR Al Bukhari)

PENGAJARAN
1. Hadith ini menggesa supaya kita tidak memperlekehkan kebaikan walaupun kecil kerana setiap amalan walaupun sangat kecil (seperti sebesar zarah) pasti akan diperhitungkan di hadapan Allah dan diberi pembalasan,
2. Manusia perlu berhati-hati dalam kehidupannya di dunia kerana mungkin dengan tuturkatanya yang sedikit (seperti kalimah tauhid) boleh mendatangkan keredhaan Allah yang melayakkannya ke syurga. Begitu juga jika dia mengucapkan perkataan yang sedikit tetapi mendatangkan murka Allah (seperti kalimah kufur dan syirik) pasti menjerumuskannya ke dalam neraka... والعياذ بالله من ذلك.