السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
2 Rabiulawal 1437
14 Disember 2015
💐عن أَبي قتادة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم سُئِلَ عَنْ صَومِ يَوْمِ الاثْنَيْنِ، فَقَالَ: ((ذَلِكَ يَومٌ وُلِدْتُ فِيهِ، وَيَومٌ بُعِثْتُ، أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Qatadah رضي الله عنه bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم ditanya berkenaan puasa (sunat) hari Isnin? Maka Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: Pada hari (Isnin) itu aku telah dilahirkan dan hari aku dibangkitkan (sebagai Rasul) atau diturunkan (wahyu) kepadaku." (Mahfum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Isnin adalah hari istimewa berbanding hari lain bagi Nabi صلى الله عليه وسلم. Ini kerana Nabi telah diputerakan pada hari tersebut. Begitu juga Nabi dibangkitkan sebagai seorang Rasul pada hari Isnin,
2. Antara amalan yang digalakkan pada hari Isnin adalah berpuasa sunat sempena memperingati hari kelahiran dan perutusan Nabi صلى الله عليه وسلم.