HARAM MENUMPAHKAN DARAH SEORANG YANG TELAH MELAFAZKAN SYAHADAH
سَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
25 Safar 1437
7 Disember 2015
🔥
عن أَبي عبدِ الله طارِق بن أشَيْم رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم، يقول: ((مَنْ قالَ لا إلهَ إلا الله، وَكَفَرَ بما يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ، حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى الله تَعَالَى)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Abdullah Toriq bin Asyim رضي الله عنه melaporkan: saya telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang telah melafazkan tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan mengingkari dengan apa yang pernah disembahnya selain Allah maka haramlah hartanya dan darahnya. Dan perkiraannya adalh terserah kepada Allah." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)
PENGAJARAN
1. Apabila berlaku peperangan antara umat Islam dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam (kafir harbi), jika orang kafir harbi tersebut telah tewas lalu mengucapkan dua kalimah syahadah maka tentera Islam dilarang (haram) membunuhnya,
2. Ini kerana pada waktu itu dia telah dikira sebagai saudara seaqidah yang haram dirampas hartanya (sebagai ghanimah) dan darahnya (kerana telah Islam),
3. Adapun persoalan sama ada dia telah benar-benar memeluk Islam ataupun hanya berpura-pura kerana hendak menyelamatkan diri, urusan tersebut hendaklah diserahkan kepada Allah (hanya Allah yang berhak tentukan balasannya).