BERTEMU DAN BERJABAT TANGAN DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Ahad
8 Rabiulawal 1437
20 Disember 2015


عن البراءِ رضي الله عنه قال: قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: ((مَا مِنْ مُسْلِمَينِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا)). رواه أَبُو داود.

TERJEMAHAN
Dari Al Bara' رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu berjabat tangan (bersalaman) melainkan diampuni dosa mereka berdua sebelum mereka berpisah." (Mafhum HR Abu Daud)

PENGAJARAN
1. Selain memberi salam, bermanis muka dan bertegur sapa, hadith ini menggalakkan agar kita berjabat tangan apabila bertemu saudara sesama Islam kerana ianya mempunyai ganjaran yang istimewa di sisi Allah,
2. Kata ulama': Hikmah disarankan untuk berjabat tangan (bersalaman) adalah kerana dengan bersentuhan itu dapat menimbulkan kemesraan dan jalinan yang erat di antara manusia.