ISLAM ADALAH AGAMA FITRAH
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Khamis
28 Safar 1437
10 Disember 2015
🌺
عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ النبي صلى الله عليه وسلم أُتِيَ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ بِقَدَحَيْنِ مِنْ خَمْرٍ وَلَبَنٍ، فَنَظَرَ إِلَيْهمَا فَأَخَذَ اللَّبَنَ. فَقَالَ جِبريل: الحَمْدُ للهِ الَّذِي هَدَاكَ لِلفِطْرَةِ لَوْ أخَذْتَ الخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ. رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم pada malam diisra'kan baginda dihidangkan dengan dua bejana yang terdiri daripada arak dan susu. Maka Nabi memandang kepada keduanya lalu mengambil bejana yang berisi susu. (Melihat yang demikian) lantas malaikat Jibrail berkata: Segala puji bagi Allah yang menunjukkan tuan kepada fitrah. Seandainya tuan memilih arak nescaya akan porak perandalah umat tuan. (Mafhum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Islam adalah ad-din yang selaras dengan fitrah (naluri) yang dapat mengatur kehidupan manusia supaya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat,
2. Kata Imam Nawawi: Ulama' mentafsirkan fitrah itu adalah Islam dan istiqamah (berpegang teguh kepada ajaran agama). Ertinya memilih untuk menjadi seorang Islam yang komited,
3. Allah menjadikan susu sebagai perumpamaan kepada fitrah kerana susu itu sifatnya suci, berkhasiat dan mendatangkan kesihatan kepada orang yang meminumnya. Sedangkan arak adalah ibu (punca) kepada segala keburukan, yang mengundang kejahatan sejak dari dulu, sekarang dan selamanya. Jadi ianya tidak sesuai dengan naluri manusia.