السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
16 Rabiulawal 1437
28 Disember 2015
ISM
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما، قَالَ: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash رضي الله عنهما melaporkan, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Orang yang terbunuh kerana mempertahankan harta (dari dirampas) oleh pihak lain adalah syahid." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Islam membenarkan umatnya untuk mempertahankan hak mereka terhadap harta benda, nyawa, maruah diri, agama dan sebagainya daripada diceroboh/ dirampas oleh pihak lain secara zalim,
2. Imam Nawawi dalam kitab Syarah Sahih Muslim menerangkan bahawa orang yang cuba merampas harta orang lain secara zalim jika dia terbunuh dia akan masuk neraka. Sedangkan orang yang cuba mempertahankan haknya daripada dirampas kemudian terbunuh maka baginya adalah pahala syahid di akhirat,
3. Oleh itu kebangkitan umat Islam untuk mempertahankan harta benda, agama dan tanah air daripada penjajahan zionist Israel di Palestin bukanlah tindakan terrorism (keganasan) bahkan suatu tindakan yang terpuji dalam Islan.