ABU LAHAB TURUT MENDAPAT FAEDAH MERAIKAN KELAHIRAN NABI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Khamis
12 Rabiulawal 1437
24 Disember 2015


قال ابن حجر رحمه الله تعالى:
« ذكر السهيلي أنّ العباس قال: لما مات أبو لهب رأيته في منامي بعد حول, في شرّ حال, فقال: ما لقيت بعدكم راحة، إلاّ أنّ العذاب يخفّف عني كل يوم اثنين، قال: وذلك أنّ النبيّ ولد يوم الاثنين، وكانت ثويبة بشرت (أبا لهب) بمولده فأعتقها, وأشار إلى النّقرة التي تحت إبهامه وفي ذلك إشارة إلى حقارة ما سقي من الماء».

TERJEMAHAN
Kata Ibnu Hajar رحمه الله: As Suhaili menyebutkan bahawa Al Abbas رضي الله عنه berkata: Apabila Abu Lahab mati aku telah melihatnya dalam mimpiku selepas setahun kematiannya dalam keadaan seksaan yang dahsyat. Maka Abu Lahab berkata: Selepas aku meninggalkan kamu aku tidak pernah berhenti daripada diazab kecuali azab diringankan ke atasku pada setiap hari Isnin. Kata Al Abbas: Ini kerana Nabi dilahirkan pada hari Isnin. Thuwaibah (seorang hamba perempuan) telah menyampaikan berita kelahiran ini kepada Abu Lahab lalu dia memerdekakannya (kerana gembira). Dia menunjukkan kepada celah di bawah ibu jarinya sebagai isyarat terdapat sedikit air yang diberi minum kepadanya."

PENGAJARAN
1. Orang yang mensyirikkan Allah pasti akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka kekal di dalamnya walaupun mereka pernah berbuat baik (rujuk surah Az Zumar: ayat 65). Begitu juga mereka tidak akan mendapat sebarang nikmat seperti air di dalam neraka (rujuk surah Al A'raf: ayat 50),
2. Namun dalam situasi tertentu ada antara mereka yang mendapat pengecualian atas sebab tertentu seperti bergembira dengan kelahiran Nabi صلى الله عليه وسلم dalam kisah Abu Lahab di atas dan hadith yang menyatakan adik beradiknya yang bernama Abu Talib turut mendapat azab neraka yang paling ringan kerana melindungi Nabi tetapi tidak beriman kepada ajaran Baginda...والله أعلم بالصواب