السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Jumaat
22 Safar 1437
4 Disember 2015
عن عليّ مرفوعًا قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فهو معصوم إِلى ثمانية أيام من كل فتنة، وإن خرج الدَّجَّال عُصم منه)). رواه الضِّياء المقدسي في المختارة.
TERJEMAHAN
Dari 'Ali رضي الله عنه (secara marfu') melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang membaca surah al Kahfi pada hari Jumaat maka dia terpelihara sehingga lapan hari daripada segala fitnah walaupun dajjal muncul maka dia akan terpelihara (daripada fitnahnya)." (Mafhum HR Ad Dhiyak Al Muqaddasi dalam kitab Al Mukhtarah).
PENGAJARAN
1. Antara amalan yang elok diamalkan (sunat) pada hari/ malam Jumaat secara mingguan adalah membaca surah Al Kahfi,
2. Surah Al Kahfi ada banyak kelebihan (fadhilat) yang hebat jika diamalkan. Antaranya dapat mengelakkan diri daripada fitnah dunia akhir zaman dan tipudaya dajjal yang akan muncul sebelum datangnya Kiamat.