TIGA BOHONG YANG DIBENARKAN
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Sabtu
30 Safar 1437
12 Disember 2015
👄
عن أمِّ كُلْثُوم بنت عُقْبَة بن أَبي مُعَيط رضي الله عنها، قَالَتْ: سمِعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: ((لَيْسَ الكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيرًا، أَوْ يقُولُ خَيْرًا)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
وفي رواية مسلم زيادة، قَالَتْ: وَلَمْ أسْمَعْهُ يُرْخِّصُ في شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُهُ النَّاسُ إلا في ثَلاثٍ، تَعْنِي: الحَرْبَ، وَالإِصْلاَحَ بَيْنَ النَّاسِ، وَحَدِيثَ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ، وَحَدِيثَ المَرْأةِ زَوْجَهَا.
TERJEMAHAN
Dari Ummu Kulthum binti Uqbah bin Abu Mu'ayyat رضي الله عنها melaporkan: saya mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Bukanlah dianggap sebagai pembohong bagi seorang yang mendamaikan antara manusia (yang bertelagah). Maka dia menyemai kebaikan atau kata-kata yang baik. (Mafhum HR Muttafaq alaih). Dalam riwayat Muslim ada tambahan iaitu Ummu Kulthum melaporkan: Saya tidak pernah mendengar (pembohongan) diberi kelonggaran kecuali dalam tiga perkara iaitu: 1) strategi peperangan, 2) mendamaikan manusia, 3) kata-kata yang seorang suami/isteri (untuk mengelakkan penceraian).
PENGAJARAN
1. Berbohong adalah suatu amalan yang dilarang oleh Syara' bahkan perbuatan ini adalah tanda munafik (hipokrit) dan berdosa besar,
2. Walau bagaimanapun menurut hadith ini ada tiga situasi pembohongan diberi kelonggaran iaitu:
i. strategi untuk mengalahkan musuh dalam peperangan,
ii. mendamaikan antara manusia yang bermusuhan terutama sesama Muslim,
iii. menyelamatkan daripada berlaku keretakan rumahtangga/ penceraian suami isteri (dengan syarat tidak menjejaskan hak isteri).