SIAPA YANG PALING UTAMA MENDAPAT SYAFAAT NABI DI AKHIRAT?

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Isnin
9 Rabiulawal 1437
21 Disember 2015


عن ابن مسعود رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((أَوْلَى النَّاسِ بِي يَومَ القِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلاَةً)). رواه الترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ).

TERJEMAHAN
Dari Ibnu Mas'ud رضي الله عنه, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Orang yang paling aku utamakan (untuk mendapat syafaat) pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu." (Mafhum HR At Tirmidzi, katanya hadith hasan)

PENGAJARAN
1. Berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم adalah suatu ibadah yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seorang Muslim kerana mempunyai kelebihan yang istimewa,
2. Dengan berkat memperbanyakkan selawat juga dapat memberikan ketenangan jiwa, menyelesaikan sebarang permasalahan, menghilangkan gundah gelana, menambahkan rezeki dan sebagainya dengan izin Allah Taala,
3. Orang yang melazimi amalan berselawat bakal dikhaskan sebagai golongan yang paling berhak mendapat syafaat (pertolongan) Nabi صلى الله عليه وسلم pada hari Kiamat yang penuh dengan huru hara dan kesengsaraan...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم