ORANG YANG PUJI ALLAH SELEPAS MAKAN MENDAPAT KEAMPUNAN

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Sabtu
7 Rabiulawal 1437
19 Disember 2015


عن معاذِ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قَالَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ أكَلَ طَعَامًا، فَقال: الحَمْدُ للهِ الَّذِي أطْعَمَنِي هَذَا الطعام، وَرَزَقنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلا قُوَّةٍ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)). رواه أَبُو داود والترمذي، وقال: (حَدِيثٌ حَسَنٌ).

TERJEMAHAN
Dari Mu'az bin Anas  رضي الله عنه melaporkan: sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Barangsiapa yang telah makan lalu mengucapkan: الحَمْدُ للهِ الَّذِي أطْعَمَنِي هَذَا الطعام، وَرَزَقنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلا قُوَّة (yang bermaksud: Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan aku makanan ini dan memberikan  rezeki tanpa upaya dan kekuatan daripadaku) maka diampuni dosanya yang telah lalu." (Mafhum HR Abu Daud dan At Tirmidzi, katanya hadith hasan)

PENGAJARAN
1. Suatu hakikat yang perlu disedari bahawa setiap rezeki yang diperoleh adalah atas kurnia Allah bukannya kerana hasil kederat sendiri semata-mata. Sewajarnya manusia perlu bersyukur atas segala kurniaanNya,
2. Orang yang bersyukur akan mendapat keampunan daripada Allah terhadap dosanya yang telah lalu disamping pasti mendapat tambahan kurniaan nikmat daripadaNya (rujuk surah Ibrahim: ayat 7).