HAFAL SEPULUH AYAT AWAL// AKHIR SURAH AL KAHFI UNTUK ELAK FITNAH DAJJAL

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Jumaat 29 Safar 1437 11 Disember 2015 💡HAFAL SEPULUH AYAT AWAL/ AKHIR SURAH AL KAHFI UNTUK ELAK FITNAH DAJJAL عن أَبي الدرداءِ رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الكَهْفِ، عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ)). وفي رواية: ((مِنْ آخِرِ سُورَةِ الكَهْفِ)). رواهما مسلم. TERJEMAHAN Dari Abu Darda' رضي الله عنه bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat awal daripada surah Al Kahfi maka dia dipelihara daripada (fitnah) dajjal." Dalam riwayat yang lain Nabi bersabda: "Dari akhir surah Al Kahfi..." kedua-duanya diriwayatkan oleh Muslim PENGAJARAN 1. Amalan membaca surah Al Kahfi secara keseluruhannya (110 ayat) adalah disunatkan pada hari/malam Jumaat. Antara kelebihannya adalah mendapat nur (cahaya) dari Allah untuk tempoh dua Jumaat (mafhum hadith), 2. Namun kita juga digalakkan untuk menghafal sepuluh ayat awal atau akhir daripada surah Al Kahfi bagi membenteng diri daripada terpedaya dengan fitnah Al Masih Dajjal yang bakal muncul di akhir zaman, 3. Antara fitnah yang dibawa oleh dajjal adalah menyesatkan aqidah manusia dengan mendakwa dirinya sebagai tuhan beserta dengan kebolehan luarbiasa yang dimilikinya.