السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Selasa
17 Rabiulawal 1437
29 Disember 2015
عن أسامة بن زيد رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إِذَا سَمِعْتُمُ الطَّاعُونَ بِأَرْضٍ، فَلا تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأرْضٍ، وأنْتُمْ فِيهَا، فَلا تَخْرُجُوا مِنْهَا)). متفق عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Usamah bin Zaid رضي الله عنهما, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila kamu mendengar wabak ta'un telah menular di suatu tempat maka janganlah kamu memasuki ke tempat tersebut. Dan jika wabak itu merebak di suatu tempat yang kamu berada di situ maka janganlah kamu keluar daripada tempat tersebut." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)
PENGAJARAN
1. Islam menyuruh umatnya agar tidak melakukan sesuatu yang boleh membinasakan diri. Oleh itu kita dilarang untuk memasuki sesuatu tempat yang telah berlaku penularan penyakit berjangkit seperti ta'un, kolera dan sebagainya agar tidak terkena jangkitan,
2. Begitu juga jika seseorang telah berada di suatu tempat yang telah menularnya wabak tersebut dia tidak boleh keluar/ melarikan diri daripada tempat tersebut bagi mengelakkan penyakit daripada merebak ke kawasan lain. Kaedah ini disebut sebagai kuarantin,
3. Namun jika dia keluar atas hajat tertentu seperti mencari penawar, meminta bantuan dan sebagainya maka ianya diharuskan.