TERAS AJARAN ISLAM

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه Renungan Pagi Ahad 1 Rabiulawal 1437 13 Disember 2015 🌺 عن أَبي سفيان صخر بنِ حرب رضي الله عنه في حديثِهِ الطويل في قِصَّةِ هِرَقْلَ: أنَّ هرقْلَ قَالَ لأبي سُفْيَانَ: فَمَاذَا يَأمُرُكُمْ بِهِ؟ يَعْنِي النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: قُلْتُ: يقول: ((اعْبُدُوا اللهَ وَحْدَهُ، وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيئًا، واتْرُكُوا مَا يَقُولُ آبَاؤُكُمْ، وَيَأمُرُنَا بِالصَّلاةِ، وَالصّدْقِ، والعَفَافِ، والصِّلَةِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. TERJEMAHAN Dari Abu Sufian Sakhar bin Harb رضي الله عنه dalam sebuah hadith yang panjang tentang kisah dialognya dengan Hercules (raja Rom Timur): bahawasanya Hercules bertanya kepada Abu Sufian tentang ajaran Nabi صلى الله عليه وسلم. Maka aku memberitahunya bahawa Nabi bersabda: "Sembahlah Allah dan jangan menyekutukanNya dengan sesuatu, tinggalkanlah apa yang disebutkan oleh bapa-bapa kamu (daripada amalan jahiliyah) dan baginda memerintahkan supaya kami mendirikan solat, bersedekah, menjaga kehormatan diri dan bersilaturahim." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) PENGAJARAN 1. Islam adalah agama yang menyuruh umatnya supaya mengesakan Allah, melarang syirik dan meninggalkan amalan jahiliyah yang bertentangan dengan Syara', 2. Antara perkara yang dititikberatkan dalam Islam adalah menjaga solat, bersedekah (zakat), menjaga maruah diri dan menghubungkan silaturahim (kasih sayang sesama umat Islam), 3. Segala suruhan dan larangan yang terdapat dalam Islam adalah selaras dengan fitrah (naluri) manusia dan ianya tidak sukar untuk dipatuhi.