hutang
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Selasa
19 Safar 1437
1 Disember 2015
🍃
ن عبدِ الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما: أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((يَغْفِرُ اللهُ لِلشَّهِيدِ كُلَّ شَيْءٍ إِلاَّ الدَّيْنَ)). رواه مسلم.
وفي روايةٍ له: ((القَتْلُ في سَبيلِ اللهِ يُكَفِّرُ كُلَّ شيءٍ إلاَّ الدَّيْن)).
TERJEMAHAN
Dari Abdullah bin Amr bin Al 'Ash رضي الله عنهما: bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Allah mengampunkan bagi orang yang mati syahid segala perkara melainkan hutang." (Mafhum HR Muslim). Dalam riwayat baginya Nabi bersabda: "Orang yang terbunuh di dalam jihad fisabilillah Allah mengampunkan segala perkara kecuali hutang."
PENGAJARAN
1. Ganjaran mati syahid adalah sangat besar dan dapat menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan semasa hayatnya,
2. Namun dosa yang dihapuskan adalah yang berkaitan dengan hak Allah. Adapun yang berkaitan dengan hak anak Adam seperti hutang ianya perlu dilangsaikan barulah pahala syahid diterima di sisi Allah dan dosanya terampun,
3. Kata Imam Nawawi: Hadith ini menekankan supaya menyelesaikan hak sesama anak Adam (sebelum meninggal dunia) kerana jihad, syahid di jalan Allah dan segala jenis kebaikan hanya menghapuskan hak dengan Allah (tidak hak sesama manusia).