السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Selasa
3 Rabiulawal 1437
15 Disember 2015
عن أبي الدرداء رضي الله عنه أنَّ رسُولَ الله صلى الله عليه وسلم كَانَ يقول: ((دَعْوَةُ المَرْءِ المُسْلِمِ لأَخيهِ بِظَهْرِ الغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ المَلَكُ المُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ، وَلَكَ بِمِثْلٍ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Al Darda' رضي الله عنه bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: "Doa seorang individu Muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuannya adalah mustajab (mudah diperkenankan Allah). Di sisi kepala orang yang didoakan itu ada malaikat yang ditugaskan supaya setiap kali ia mendoakan kebaikan kepada saudaranya maka malaikat yang ditugaskan akan menyambut dengan mengatakan: Amiin (semoga doamu diterima) dan bagimu sama seperti (apa yang didoakan) itu." (Mafhum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Selain daripada berdoa untuk keperluan sendiri kita juga digalakkan mendoakan kebaikan untuk saudara seIslam tanpa pengetahuan mereka kerana doa tersebut adalah mustajab dan kita bakal mendapat kebaikan yang sama,
2. Adalah menjadi tradisi mereka yang terdahulu apabila mereka berdoa untuk diri sendiri mereka turut mendoakan hal yang sama kepada saudara mereka,
3. Islam adalah agama yang mempromosikan keprihatinan dan kasih sayang sesama umatnya.