SUDAH MAKAN TETAPI TIDAK MERASA KENYANG

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Sabtu
14 Rabiulawal 1437
26 Disember 2015

عن وَحْشِيِّ بن حرب رضي الله عنه أنَّ أصحابَ رسول الله صلى الله عليه وسلم قالوا: يَا رسولَ اللهِ، إنَّا نَأكُلُ وَلا نَشْبَعُ؟ قَالَ: ((فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ)) قالوا: نَعَمْ. قال: ((فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ، يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ)) رواه أَبُو داود.

TERJEMAHAN
Dari Wahsyi bin Harb رضي الله عنه: bahawasanya para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengadu: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi (kenapa kami) tidak merasa kenyang? Baginda bertanya: Boleh jadi kamu makan secara sendirian? Mereka menjawab: Ya. Lalu Baginda bersabda: "Maka hendaklah kamu semua berhimpun terhadap makanan kamu (makan bersama-sama) dan sebutlah nama Allah nescaya kamu akan mendapat keberkatan." (Mafhum HR Abu Daud)

PENGAJARAN
1. Selain daripada galakkan berjemaah dalam ibadah seperti solat, umat Islam juga digalakkan melakukan sesuatu perkara seperti makan secara bersama-sama kerana ianya dapat mengundang keberkatan,
2. Bahkan dalam riwayat lain oleh At Tabrani dari hadith Ibnu Umar, Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: "Sesungguhnya makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang."