KELEBIHAN MEMPERBANYAKKAN SELAWAT KEPADA NABI

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Jumaat
6 Rabiulawal 1437
18 Disember 2015


عن عبد الله بن عمرو بن العاص، رضي الله عنهما: أنَّه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاةً، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash رضي الله عنهما, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Berselawat adalah tanda kita mengenang jasa dan kasih kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang telah banyak berjasa dan berkorban demi menyampaikan risalah Islam,
2. Maksud Allah berselawat kepada manusia adalah Allah mengurniakan rahmat kepada orang yang berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم,
3. Bahkan dalam hadith yang lain disebutkan orang berselawat sekali turut dihapuskan sepuluh dosanya serta diangkat sepuluh darjat di sisi Allah (Mafhum HR Ahmad).