WASPADA PERSONA DUNIA DAN WANITA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Renungan Pagi Rabu
24 Rejab1436H
13 Mei 2015
🌾WASPADA PERSONA DUNIA DAN WANITA
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((إنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرةٌ، وإنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرَ كَيفَ تَعْمَلُونَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاء؛ فإنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إسرائيلَ كَانَتْ في النِّسَاءِ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Said Al Khudri رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau (mempersonakan) dan bahawasanya Allah menjadikan kamu sebagai khalifah (pentadbir) di atasnya maka Dia maha melihat bagaimana tindak tandukmu. Waspadalah terhadap dunia dan wanita (kerana) sesungguhnya fitnah pertama yang berlaku kepada umat Bani Israel berpunca daripada wanita." (Mafhum HR Muslim)
PENGAJARAN
1. Mencari habuan bukanlah suatu kesalahan asalkan mengikut Syariat dan tidak melalaikan daripada beribadat kepada Allah,
2. Kaum Hawa (isteri) adalah hiasan dunia yang menjadi dambaan setiap lelaki yang bergelar suami. Peranan isteri sepatutnya menyokong suami dalam melaksanakan amanah Allah kepadanya sebagai ketua keluarga, pemimpin masyarakat dan lain-lain,
3. Umat terdahulu dihancurkan oleh Allah kerana mereka menyalahgunakan nikmat kekayaan dunia dan wanita hingga terjadi pelbagai fitnah dan malapetaka.