hadisBEBERAPA TIPS UNTUK MERAIH SYURGA
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِl وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Jumaat
4 Sya'ban1436H
22 Mei 2015
🌿BEBERAPA TIPS UNTUK MERAIH SYURGA
عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلىa الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح).
Dari Abu Umamah Suday bin 'Ajlan Al Bahili رضي الله عنه melaporkan: saya mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم berkhutbah semasa Haji Wada' (Perpisahan) dengan sabdanya: "Bertaqwalah kepada Allah dan solatlah lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan (Ramadhan) kamu, tunaikanlah zakat harta kamu dan patuhilah pemimpin-pemimpin kamu nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu." (Mafhum HR At Tirmidzi dalam penutup kitab solat, katanya ini hadith hasan sahih.
PENGAJARAN
1. Tips untuk masuk syurga dimulakan dengan taqwa kerana secara amnya ia merupakan tonggak kepada faktor melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan agama,
2. Kemudian dituruti dengan perintah khusus seperti solat, zakat dll supaya setiap Muslim memandang serius tentang kewajipan agama,
3. Mematuhi arahan pemerintah adalah wajib selagi ianya tidak bercanggah dengan kehendak Syara', والله أعلم.