hadis 10


[8:33am, 5/24/2015] ‪+60 19-931 4378‬: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
6 Sya'ban1436H
24 Mei 2015

🌾LARANGAN BERPUASA SUNAT DI AMBANG RAMADHAN KECUALI BAGI YANG TELAH BIASA BERPUASA

عن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لا يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُم رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ، إِلا أنْ يَكُونَ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَومَهُ، فَليَصُمْ ذَلِكَ اليَوْمَ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Janganlah sesekali seseorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari kecuali jika seorang lelaki yang pernah berpuasa dengan puasanya, maka hendaklah ia berpuasa pada hari tersebut." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Nabi صلى الله عليه وسلم melarang berpuasa bila berada di ambang (sehari atau dua hari sebelum datangnya) Ramadhan kecuali jika seseorang itu telah biasa berpuasa seperti puasa sunat Isnin/ Khamis dan sebagainya,
2. Begitu juga dibenarkan berpuasa bagi mereka yang bernazar dan menggantikan (qadha') puasa Ramadhan,
3. Ulama' berselisih pendapat adakah larangan itu bersifat haram atau makruh? Pendapat Imam Malik menyatakan ianya adalah haram. Manakala majoriti ulama' (Hanafi, Syafi'e dan Hanbali) berpendapat hukum puasa tersebut hanya makruh sahaja.
[7:37am, 5/25/2015] ‪+60 19-931 4378‬: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Isnin
7 Sya'ban1436H
25 Mei 2015

🌿KELEBIHAN BERPUASA KERANA ALLAH

عن أَبي سعيد الخدري رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْمًا في سَبِيلِ اللهِ إِلاَّ بَاعَدَ اللهُ بِذَلِكَ اليَوْمِ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Sa'id Al Khudri رضي الله عنه melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: "Tidaklah seorang hamba berpuasa pada jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan amalan puasa pada hari tersebut mukanya daripada neraka selama (dengan jarak) tujuh puluh tahun (perjalanan)." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Ibadah puasa sama ada yang wajib ataupun sunat mempunyai kelebihan (fadhilat) yang sangat besar,
2. Kata Imam Al Qurtubi: Sabilillah (pada jalan Allah) bermaksud mentaati Allah iaitu barangsiapa yang berpuasa bertujuan mendapat redha Allah.