ߌ㍁LU ITU CABANG IMAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Ahad
28 Rejab1436H
17 Mei 2015

🌳MALU ITU CABANG IMAN

عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((الإيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً: فَأفْضَلُهَا قَوْلُ: لاَ إلهَ إِلا الله، وَأدْنَاهَا إمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ، وَالحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإيمَانِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Iman itu mempunyai lebih 70 atau 60 cabang. Cabang yang terbaik adalah ucapan: لا إله إلا الله dan yang terbawah adalah membuang benda yang membahayakan di jalanan (seperti duri, batu, kayu dll). Dan malu itu adalah sebahagian daripada iman." (Mafhum HR Muttafaq 'alaih)

PENGAJARAN
1. Iman adalah meliputi segala urusan agama yang bersifat aqidah (kepercayauan) di dalam hati, pertuturan lisan dan amalan luaran (tubuh badan),
2. Sifat malu adalah penting dalam Syara' kerana ia dapat memelihara manusia daripada terjerumus ke dalam kemurkaan Allah Ta'ala,
3. Ini terbukti apabila manusia malu untuk melakukan maksiat (sama ada meninggalkan kewajipan atau melakukan perkara yang haram) walaupun manusia yang lain tidak mengetahuinya kerana dia yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikannya dan pasti membalas segala amal perbuatannya.