KELEBIHAN SIKAP TAWADHU'
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Sabtu
13 Rejab1436H
2 Mei 2015
🌷KELEBIHAN SIKAP TAWADHU'
عن أَبي هريرة رضي الله عنه أنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زادَ اللهُ عَبْدًا بعَفْوٍ إلا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أحَدٌ للهِ إلا رَفَعَهُ اللهُ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sedekah itu tidak menjadikan harta semakin kurang, Allah tidak menambah kepada hamba yang memaafkan kecuali ketinggian dan tidaklah seorang itu tawadhu' (merendah diri) kerana Allah kecuali Allah mengangkat darjatnya." (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Tawadhu' adalah menzahirkan sikap merendah diri untuk menghormati orang lain. Ianya adalah sifat terpuji dalam Islam kerana menunjukkan kesucian jiwa yang cenderung untuk saling berkasih sayang dan tidak membezakan antara manusia disamping dapat mengukuhkan ikatan sesama mereka,
2. Tawadhu' turut dapat menghindarkan perasaan hasad dengki, busuk hati dan sifat membenci daripada hati manusia,
3. Orang yang sanggup merendah diri akan diangkat darjatnya (dimuliakan) oleh Allah Ta'ala.