HINDARI SIFAT ZALIM DAN KEDEKUT
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Selasa
16 Rejab1436H
7 Mei 2015
🌴HINDARI SIFAT ZALIM DAN KEDEKUT
وعن جابر رضي الله عنه: أن رَسُول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((اتَّقُوا الظُّلْمَ؛ فَإنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ القِيَامَةِ. وَاتَّقُوا الشُّحَّ؛ فَإِنَّ الشُّحَّ أهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ. حَمَلَهُمْ عَلَى أنْ سَفَكُوا دِمَاءهُمْ، وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ)). رواه مسلم.
TERJEMAHAN
Dari Jabir رضي الله عنه bahawasanya RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Hindarkanlah sifat zalim kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari Kiamat dan jauhkanlah sifat bakhil kerana bakhil itu membinasakan umat terdahulu dengan mendorong mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara2 yang diharamkan." (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Jauhilah kezaliman (terutama bagi mereka yang berkuasa dan memegang tampuk pemerintahan) kerana ianya membawa kepada kesusahan kepada pelakunya di Akhirat,
2. Manusia juga perlu menjauhi sifat bakhil (kedekut) kerana ianya boleh menyebabkan pertelingkahan dan permusuhan yang merugikan mereka.