ߌ郁RA AFDHAL MENJAWAB SALAM
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Isnin
29 Rejab1436H
18 Mei 2015
🌹CARA AFDHAL MENJAWAB SALAM
عن أَبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لَمَّا خَلَقَ اللهُ آدَمَ عليه السلام قَالَ: اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولئِكَ- نَفَرٍ مِنَ المَلاَئِكَةِ جُلُوس- فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ؛ فَإنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيتِكَ من بعدك. فَقَالَ: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ، فقالوا: السَّلاَمُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللهِ، فَزَادُوهُ: وَرَحْمَةُ اللهِ)). متفقٌ عَلَيْهِ.
TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم sabdanya: "Tatkala Allah menjadikan Adam عليه السلام Ia berfirman: Pergilah dan ucapkan salam kepada mereka -sekumpulan Malaikat yang sedang duduk- lalu dengarkan bagaimana penghormatan mereka kepadamu (sebagai menjawab salam yg diberikan). Sesungguhnya salam itu satu penghormatan buatmu dan zuriatmu selepas ketiadaan kamu nanti. Lalu Adam mengucapkan: السلام عليكم. Maka para Malaikat menjawab dengan ucapan: السلام عليك ورحمة الله yang mana mereka (Malaikat) menambah: ورحمة الله. (Mafhum HR Muttafaq 'alaih) Dalam riwayat yang lain disebutkan: وعليك السلام ورحمة الله.
PENGAJARAN
1. Amalan memberi salam adalah mulia kerana mendoakan kesejahteraan sesama Muslimin disamping dapat mengeratkan silaturahim,
2. Disunatkan untuk menjawab salam dengan lebih panjang. Contoh: Jika salam diberi dengan: السلام عليكم ورحمة الله. Maka dijawab dengan: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته,
3. Islam adalah agama yang mempromosikan kesejahteraaan dan kasih sayang sesama umat.