SOLAT JANGAN SEKADAR SAMBIL LEWA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ

Renungan Pagi Rabu
10 Rejab1436H
29 April 2015

🌾SOLAT JANGAN SEKADAR SAMBIL LEWA

عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا أَحْسَنَ الرَّجُلُ الصَّلاةَ فَأَتَمَّ رُكُوعَهَا وَسُجُودَهَا ، قَالَتِ الصَّلاةُ : حَفِظَكَ اللَّهُ كَمَا حَفِظْتَنِي ، فَتُرْفَعُ ، وَإِذَا أَسَاءَ الصَّلاةَ فَلَمْ يُتِمَّ رُكُوعَهَا وَسُجُودَهَا ، قَالَتِ الصَّلاةُ : ضَيَّعَكَ اللَّهُ كَمَا ضَيَّعْتَنِي ، فَتُلَفُّ كَمَا يُلَفُّ الثَّوْبُ الْخَلَقُ ، فَيُضْرَبُ بِهَا وَجْهُهُ " . رواه مسلم

TERJEMAHAN
Dari 'Ubadah bin As Samit melaporkan: sabda RasululLah صلى الله عليه وسلم: " Apabila seorang lelaki (termasuk wanita) memperelokkan solat dengan menyempurnakan rukuk dan sujudnya, solatnya itu akan berkata: Semoga Allah pelihara kamu sebagaimana kamu memeliharaku. Lalu (pahala) solat itu di angkat (ke sisi Allah). Apabila seorang itu meremehkan solat dengan tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya, maka berkatalah solat: Semoga Allah mensia-siakan kamu sepertimana kamu mensia-siakan aku. Maka solat itu digumpalkan seperti kain yang digumpalkan lalu dicampakkan ke mukanya." (Mafhum HR Muslim)

INTISARI HADITH
1. Solat yang sempurna adalah solat yang didirikan dengan menjaga segala rukun (seperti toma'ninah utk setiap rukun), adab dan sunatnya (termasuk berjemaah) serta khusyuk (memberi tumpuan) dalam solat,
2. Malanglah bagi mereka yang solat tetapi tidak mendapat pahala daripada solat kerana menunaikannya dalam keadaan sambil lewa,
3. Usaha untuk memperelokkan ibadah terutama solat perlulah diberi tumpuan serius supaya ibadah yang dilakukan sah dan diterima (mendatangkan pahala di sisi Allah).